Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

Resepi Ikan Kembung Asam Rebus | Video diterbitkan oleh Fairus Ayoob | Lemon8

Resepi Ikan Kembung Asam Rebus | Video diterbitkan oleh Fairus Ayoob | Lemon8

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

VIDEO
MP4 Original Video Herunterladen
PHOTOS
Resepi Ikan Kembung Asam Rebus | Video diterbitkan oleh Fairus Ayoob | Lemon8 JPEG Herunterladen

Resepi Ikan Kembung Asam Rebus Utara style, menu sihat kerana tidak menggunakan sebarang minyak, dan juga cepat disediakan. Masakan asam rebus ni kuahnya cair sahaja sebab kita nak ia lebih berkuah dan boleh dihirup seperti sup. Kalau rasa tak sedap badan sesuai masak menu asam rebus ni sebab ianya masam dan pedas secukup rasa.

Untuk kepedasan pula, boleh adjust banyak mana cili yang anda suka.

BAHAN-BAHAN:

4-5 ekor ikan kembung

4-5 tangkai daun kesum

2 keping asam keping/gelugor

garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kisar halus:

2 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

1 inci kunyit

cili merah atau cili padi

Nanas

sedikit air

CARA-CARA:

Kisar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus bersama sedikit air.

Masak sehingga mendidih. Boleh tambah lagi air kalau nak lebih berkuah.

Masukkan daun kesum , nanas dan asam keping

Masukkan pula ikan kembung. Rebus sehingga ikan masak. Ikan Kembung tak perlukan masa yang lama sangat untuk dimasak.

Perasakan dengan garam secukup rasa.

#masakansimple #masakanmelayu #dietfood #dietuntuksihat #asampedas