The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download |
Hello hello girlfriends! today, i’ll be sharing with you my go to shellout recipe whenever my family is coming to my house. I love shellout and my family is obsessed with seafood so back then, i always googling on the best shellout recipe to impress my family and my in-laws hehehe so here we go! Hope you’ll find this bermanfaat !!!
Makanan Laut
Ketam,Udang,Kerang,Sotong,Lala,Pepahat,Remis,Kupang
Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala macam celur aje.. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.
Dah masak angkat dan ketepikan
Bahan Sayur-sayuran
Jagung manis ~ potong 3
Brocoli ~ di potong kecil
Kentang ~ potong wages atau belah 4
Carot ~ hiris bulat
Bunga kubis ~ potong kecil
Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.
Bahan Rempah
Bahan A ~ di kisar
20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut
Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus
Bahan B ~ di tumis
6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine
Bahan C ~ perasa
3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa
- Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
- Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
- Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
- Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
- Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
- Kemudian baru masukkan garam
* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
- Biarkan kuah merenih sebentar.
- Angkat dan masukkan dalam periuk lain
- Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
- Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
- Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
- Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
- Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain.
- Sayur-sayuran tu i masak sekali berasama sotong dan udang.
- Jagung dan kentang ita tak masak dengan kuah, i biarkan sahaja di rebus begitu.