La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8
Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.
PHOTOS | |||
JPEG | Descargar | ||
JPEG | Descargar |
Ye betul !
I baru tahu yang bunga telang biru bukan sahaja DIGUNAKAN sebagai PEWARNA NASI KERABU, tetapi juga boleh dibuat teh. Sebagai seseorang yang mengalami kemurungan dan anxiety, ini sangat membantu.
Malam semalam i takboleh tido, I cuba buat teh bunga telang biru. Ambil beberapa kuntum bunga telang, bilas, dan rendam dalam air panas. Warna biru teh yang cantik buat I LOVEEE SANGAT. Tambah sedikit madu dan lemon, yang mengubah warna teh jadi ungu muda.
Setelah beberapa teguk, I mula rasa tenang.I dapat tidur nyenyak semalam🤗. Teh bunga telang ini membantu menenangkan minda, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan mood I.
**Cara Penyediaan:**
1. Bilas bunga telang.
2. Masukkan bunga ke dalam cawan dan tuangkan air panas.
3. Biarkan selama 5-10 minit sehingga air berubah warna biru.
4. Tambah madu atau lemon jika suka. Lemon akan mengubah warna teh jadi ungu muda!
Khasiat:
- Antioksidan Tinggi: Melawan radikal bebas.
- Meningkatkan Fungsi Otak: Baik untuk memori dan kognitif.
- Anti-radang: Mengurangkan keradangan.
- Menurunkan Berat Badan: Membantu dalam diet.
- Mencegah Penuaan: Baik untuk kulit.
Korang dah cuba ?
#BerbezaItuNormal #McmneEh #lemon8sharing #MentalHealth #Lemon8