Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

ONDE-ONDE BUNGA TELANG

ONDE-ONDE BUNGA TELANG

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
ONDE-ONDE BUNGA TELANG JPEG Descargar

Selalu buat yang hijau, kali ni yang biru 😋

Warna biru asli dari Bunga Telang 🌺

Warnanya cantik, khasiatnya banyak👍🏻

Resipi:

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung pulut

4 sudu besar tepung beras

30+ kuntum Bunga Telang(rebus bunga & tapis ambil air sahaja & sejukkan)

Gula melaka (dipotong kecil)

1 biji kelapa muda parut (putih sahaja)

Sedikit garam (gaul dengan kelapa parut)

Sedikit air kapur

3 helai daun pandan (disimpul)

Cara cara:

Kukus sebentar kelapa parut supaya tahan lebih lama.

Kemudian gaulkan bersama sedikit garam.

Bancuh tepung pulut, tepung beras dengan air Bunga Telang & air kapur.

Gaul sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.

Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan.

Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil di tengah adunan.

Tutup adunan kemas dan bulatkan sehingga sekata.

Panaskan air di dalam periuk bersama simpulan daun pandan sehingga mendidih.

Masukkan bebola tepung tadi. (Api sederhana)

Apabila bebola timbul di permukaan air, bolehlah diangkat dan ditoskan.

Gaul bersama kelapa parut ketika bebola masih panas.

Onde-onde Bunga Telang sedia dihidang.💙😋

#RacunLemon8