Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

Kuih Tradisional ni Tak Lapuk Dek Zaman 👩‍🍳

Kuih Tradisional ni Tak Lapuk Dek Zaman 👩‍🍳

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
Kuih Tradisional ni Tak Lapuk Dek Zaman 👩‍🍳 JPEG Скачать
Kuih Tradisional ni Tak Lapuk Dek Zaman 👩‍🍳 JPEG Скачать

🍋 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..masih dalam mood tradisional 🤭..

hari ini kita akan buat kuih yg cukup popular iaitu kuih onde-onde atau buah melaka keledek ungu 😋..jom kita buat

👩🏼‍🍳 Bahan-Bahan

🍀 Keledek Ungu ( 2 biji yg bersaiz kecil )

👉🏼 Bahan A

🍀 250g / 2 cawan tepung pulut

🍀 125ml air

🍀 60ml Santan

🍀 1 sdm gula pasir

🍀 sedikit garam

🍀 gula melaka secukupnya ( untuk inti )

👉🏼 Bahan B

🍀 2 cawan kelapa parut

🍀 sedikit garam ( utk letak dlm kelapa parut )

👩🏼‍🍳 Cara Buat

🍋 kukus Keledek Ungu sehingga empuk kemudian lenyekkan.. ketepikan

🍋 sediakan Bahan B pula kukus selama 5 minit.. ketepikan

🍋 sediakan Bahan A campurkan semua dan larutkn kecuali tepung..

🍋 masukkn tepung ke dlm keledek yg sudah dilenyekkan.. gaulkan kemudian masukkan Bahan A dan Uli sehingga menjadi doh

🍋 bulat² ikut selera masing-masing nak saiz mcm mna ( sis dpt 22 biji )

🍋 kepal² kan kemudian lubangkan dan masukkn inti gula melaka dan bentuk dgn kemas supaya Inti tu tak tkluar time kena masak nti

🍋 sementara itu, pastikan air sudah di didihkan

🍋 masukkn doh yg sudah dibulat² kan tadi..ke dlm air yg mendidih

🍋 bila dah timbul atau terapung,itu tandanya kuih korang dah masak

🍋 toskan kemudian terus golekkan di dlm kelapa parut yg sudah dikukus tadi

🍋 siap utk dihidangkn

👩‍🍳 Selamat mencuba

📌 video ada d YouTube Kopi Kaw ☕🤗

#Recipe #kopikaw #lemon8sharing #kuihtradisional #kuihmuih #myfoodie