Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Issue craving pagi ni

Issue craving pagi ni

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

VIDEO
MP4 Original Video Download
PHOTOS
Issue craving pagi ni JPEG Download

5 punca craving dan lapar masa diet yang buat ramai orang berhenti di tengah jalan.

1. Skip timing makan. Ni ramai kan selalu buat. Bila dh skip timing makan, contoh macam sarapan pagi. Memang lah masa tengahari tu korang akan lapar dan start rasa nak mengunyah. Lapar tapi tahan dari makan. Haaa end up memang lama lama body akan stress. Sampai satu masa , kita akan cepat bosan dan back to old habit.

2. Pemilihan makanan GI tinggi. Walaupun makan sikit sikit, tetapi jika sikit sikit yang korang makan tu adalah makanan yang high GI , ia akan membuatkan kita cepat lapar.

Sama juga kalau sarapan pagi dah start dengan makanan yang karbohidrat tinggi atau gula tinggi mcm kuih , nafsu dan rasa asyik nak makan tu akan membuak buak.

3. Portion yang tidak seimbang ketika makan tengahari. Yes ! Memang dah bagus dari segi eat clean dan cara masakann yang sihat. Tetapi jangan abaikan mengenai portion macronutrition.

Pastikan segenggam karbohidrat sihat. Pilih spaghetti segenggam (30 batang). Dan untuk portion protein 1 tapak tangan.

Lebih bagus, elakkan masakan yang bergoreng. Boleh ambil yang kukus atau rebus. Jika makan kat kedai, korang boleh request seganggam nasi putih dan lauk amik lah kari ayam atau kurma ayam. Amik ayam bahagian dada. Kuah limitkan 1-2 sudu.

4. Badan kurang air. Badan kita tak boleh differentiate. Sometimes badan perlukan air, bukan makanan. Cuma kita salah anggap. Bila lapar je terus cari something untuk dikunyah. Amalkan rules 20 minit. Sangat sangat membantu. Rules 20 minutes ni adalah dimana badan kita akan detect rasa kenyang tu selepas 20 minit makan. Makan perlahan lahan ok ? .

5. Stress dan tidur lmbat. Ni pun punca kenapa kita dah makan clean pun still rasa lapar lagi. Stress ni bukan emosi kat tempat kerja je, tapi boleh jadi juga badan dalam keadaan penat. Tak dapat kualiti rehat yang cukup dan diet yang lengkap.

Membantu tak tips ni , jom komen sikit apa yang korang selalu rasa bila diet ? 👇🏻

Follow @sazzy.aziz untuk tips diet sihat dengan mudah tanpa berlapar dan stress ketika berdiet

#food #tipsdiet #tipskurus #craving #healthy #healthylife

#kuruskanbadan #dietuntukweightloss