Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

Anda Pregnant? Apa Perlu Buat Bila Pregnant

Anda Pregnant? Apa Perlu Buat Bila Pregnant

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

VIDEO
MP4 Original Video Скачать
PHOTOS
Anda Pregnant? Apa Perlu Buat Bila Pregnant JPEG Скачать

Hi Lemonies 🍋!

Kat sini aku nak kongsi sedikit sebanyak apa yang hangpa perlu buat bila hangpa tau yang hangpa dah mengandung. Seperti yang hangpa tau, aku sekarang tengah mengandung anak yang ketiga. Jadi aku rasa perlulah aku share sikit pengalaman aku yang tak seberapa ni untuk panduan hangpa jugak tambah² kepada mommy to be.

1. URINE PREGNANCY TEST (UPT TEST)

First thing first… bila rasa macam period tak datang seperti yang sepatutnya tu, hangpa bolehlah pi beli UPT test dekat farmasi. UPT test ni ialah alat ujian kehamilan yang membolehkan hangpa membuat ujian awal untuk kehamilan. So bila rasa dah ada tanda yang hangpa hamil, hangpa boleh test sendiri dulu untuk kepastian.

2. PENGESAHAN DI KLINIK (KLINIK DESA/KESIHATAN/SWASTA)

Bila UPT test menunjukkan 2 line maknanya yang hangpa hamil, hangpa bolehlah pi klinik berdekatan untuk pengesahan.

Sebelum ke klinik kerajaan, hangpa boleh saja pi ke klinik swasta untuk scan. Ni untuk kes yang macam aku lah, yang tak pasti dengan tarikh last period. Jadi bila hangpa scan diklinik swasta, doctor akan bagitau berapa mingggu dah kehamilan kita tu. Lepas tu hangpa boleh bawak scan baby masa nak buka buku pink nanti.

3. BUKA BUKU PINK

Buka buku pink ni seeloknya dibuat sebelum kandungan berusia 12 minggu. Masa buka buku pink ni lah hangpa kena ingat bila tarikh last period hangpa. Ni untuk nurse kira la bila tarikh untuk beranak nanti. 

Boleh pergi ke klinik dulu untuk buat temujanji. Pada ibu yang dah punya sejarah kehamilan, bolehlah bawak sekali buku pink untuk rujukan klinik.

4. VITAMIN & NUTRIEN

Pengambilan asid folik semasa mengandung sangat lah penting untuk membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan serta mengelakkan kecacatan bayi. Kalau appointment klinik untuk buka buku pink lambat, ibu boleh saja beli asid folik dimana-mana farmasi berdekatan. Nanti bila dah checkup, klinik juga akan memberikan ubat yang berkaitan misalnya ubat untuk tambah darah seperti zincofer, iberet, maltofer dan sebagainya untuk ibu yang hbnya low dll. Jangan risau sebab nurse/doktor akan bagi nasihat kepada ibu nanti. Boleh jugak tanya nurse/doktor untuk kepastian.

5. PERSEDIAAN BARANG IBU DAN BAYI

Jika sudah masuk 28 minggu kehamilan, ibu sudah boleh menyediakan kelengkapan barang ibu dan bayi terutamanya kelengkapan beg hospital. Boleh search checklist untuk kelengkapan hospital ibu dan bayi di Mr Google. Beg hospital ni bolehlah diletakkan siap2 didalam kereta supaya senang untuk digunakan in case of emergency.

Eksaited kan nak beli barang bayi?

Haaaa hangpa dah boleh start beli sikit demi sedikit dan pastikan beli barang yang perlu sahaja untuk mengelakkan pembaziran.

6. PERSEDIAAN SET BERPANTANG

Set berpantang sudah banyak dipasaran sekarang ni antaranya set Nona Roguy, Miracle Naura, Tropical Herbs Post Natal Care dan lain-lain lagi. Hangpa boleh saja search set berpantang dishopee dan boleh membuat pilihan sendiri. Boleh juga tanya pendapat kawan-kawan dalam pemilihan set berpantang ni.

* Bagi ibu yang ingin berpantang sendiri, hangpa bolehlah memilih untuk menggunakan khidmat Confinement Lady (CL). Ni untuk yang punya bajet lebih ye. Memilih untuk berpantang sendiri jugak okay. Cuma disarankan minta pertolongan suami atau keluarga terdekat untuk membantu menguruskan bayi atau kerja-kerja lain supaya ibu dapat rehat yang secukupnya semasa berpantang nanti. Rehat yang secukupnya perlu untuk membolehkan ibu berpantang sihat dengan cepat dan bahagian luka mengandung/jahit baik dengan cepat.

7. JOIN KELAS ANTENATAL (BONUS SHARING)

Bagi ibu yang punya bajet lebih, bolehlah jugak join kelas antenatal. Kelas ini merupakan sesi pembelajaran untuk membantu bakal ibubapa bersedia menghadapi alam keibubapaan, persediaan semasa mengandung dan selepas bersalin.

Yang ni aku tak boleh nak share banyak sebab aku tak join pun. Macam aku cakap bergantung pada bajet masing-masing. Ada bajet lebih boleh join, kalau takda boleh saja search Mr Google atau boleh bertanyakan kepada orang-orang yang sudah berpengalaman.

Aku harap sharing ni sedikit sebanyak membantu. Semoga bermanfaat.

#pregnancy #pregnancyjourney #pregnancytips #pregnant #baby #baby2023 #mylifejourney #lemon8sharing #lemon8Malaysia