Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

Ayam Percik Simple Juadah Berbuka

Ayam Percik Simple Juadah Berbuka

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

VIDEO
MP4 Original Video Скачать
PHOTOS
Ayam Percik Simple Juadah Berbuka JPEG Скачать

Ingatkan Ayam Percik kena bakar atau panggang, rupanya dengan Air Fryer pun boleh buat ayam percik. Jom kita cuba resipi ini, mudah sangat!

Memandangkan tak lama lagi nak sambut Ramadhan, tetapi nak makan lauk yang lain sikit berbanding hari biasa, korang boleh cuba resepi ayam percik air fryer ni.

Tak susah pun kerana bahan-bahannya semua sangat mudah dan kita yang tak berapa yakin pun boleh buat dan boleh hidangkan pada keluarga dengan perasaan puas hati.

Bahagian untuk Ayam:

🍗Cili kering, bawang besar, bawang putih, dan halia. Semua bahan ini perlu dikisar halus. Perap selama 30 minit. Nak lagi senang guna je bahan kisar dari @pauhmanjurrz

Untuk menyediakan kuah percik pula adalah seperti berikut:

1. Sediakan bawang putih, bawang merah, halia, serai, cili kisar, kunyit

3. Panaskan kuali atau periuk. Masukkan sedikit minyak dan tumis semua bahan tadi. kacau sehingga pecah minyak

4. Masukkan santan, asam keping dan gula melaka. Tambahkan sedikit air.

5. Pastikan gula garam secukup rasa

6. Letakkan ayam yang sudah diperap. Masak seketika. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam air fryer

7. Bakar dengan suhu 200, selama 20 minit

Kuah percik mestilah sedikit manis. Barulah sedap. Ada kombinasi rasa pedas masam dan manis.

Bolehlah korang buat untuk juadah berbuka nanti.

#juadahberbuka #menuberbuka