The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download |
Hello, lovely peeps!π
Korang ada ke yang bercita-cita nak jadi jururawat? Orang kata kerja jururawat ni underrated? BETUL KEπ± My advice #BigSisterAdvices janganlah kita menilai sesuatu pekerjaan itu dari segi kebendaan dan memandang tinggi pekerjaan yang lumanyan sahaja. Setiap pekerjaan ada kebaikan masing-masing dan we need each other in our daily lifeπ
Harini I nak share 3 laluan untuk menjadi jururawat;
1) Diploma Kejururawatan
ππ» Mohon Melalui UA Terpilih
π Korang boleh membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang kejururawatan yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
π§ββοΈ Antara IPTA yang menawarkan diploma kejururawatan adalah UiTM Pulau Pinang, UiTM Sarawak dan UniSZA. Anda boleh buat permohonan melalui:
https://upu.mohe.gov.my
π§ββοΈ Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya juga menawarkan diploma dalam bidang kejururawatan dan boleh dimohon pada pautan berikut:
β¨ USM - https://pohon.usm.my
β¨ UM - https://kemasukan.um.edu.my/index.php/main/menu
ππ» Tawaran Daripada IPTS
π Pada masa yang sama, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan hospital swasta juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian mereka.
π§ββοΈ Anda boleh terus layari laman web mereka dan mohon pada tempoh permohonan dibuka. Antara IPTS yang menawarkan pengajian kejururawatan adalah:
1οΈβ£ KPJ Healthcare University College
β¨ https://kpju.edu.my
2οΈβ£ UNIKL Royal College of Medical Perak
β¨ https://www.rcmp.unikl.edu.my
3οΈβ£ MSU
β¨ https://intake.msu.edu.my
4οΈβ£ Segi University and College
5οΈβ£ Kolej Poly Tech MARA (KPTM)
β¨ https://www.kptm.edu.my
π Terdapat banyak kolej dan universiti yang menawarkan diploma yang berkaitan kejururawatan. Oleh itu, anda boleh menyemak kelayakan program pengajian yang ditawarkan melepasi syarat yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) atau tidak kerana ia menentukan kesahihan sijil kejururawatan anda.
2) Program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan
ππ» Mohon Melalui Universiti Awam Terpilih
ππ» Mohon Melalui Universiti Swasta Terpilih
π Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma/ Setaraf dibuat melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan mulai Januari hingga April setiap tahun.
π§ββοΈ Contoh UA yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan;
1οΈβ£ USM
2οΈβ£ UKM
3οΈβ£ UITM
4οΈβ£ UPM
π§ββοΈ Contoh US yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan;
1οΈβ£ Widad University College
3) Program Latihan Separa Perubatan Jururawat
ππ» Melalui Kementerian Kesihatan Malaysia
π Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan agensi kerajaan yang mengendalikan industri kesihatan awam di Malaysia khususnya hospital-hospital besar dan klink kesihatan di seluruh negara. Oleh itu, KKM memerlukan jumlah jururawat yang ramai bagi menampung keperluan kesihatan awam.
π Pada setiap tahun, Suruhanjaya Penjawat Awam (SPA) akan membuka peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk memohon melalui aplikasi berikut:
https://spa9.spa.gov.my/login
π§ββοΈ Korang perlu mendaftar dan tunggu permohonan ke Latihan Separa Perubatan (Jururawat) dibuka.
π§ββοΈ Calon dikehendaki melalui temuduga sebelum ditapis untuk menyertai latihan yang disediakan.
π Mereka yang layak akan mengikuti latihan selama empat tahun sebelum boleh berkhidmat secara rasmi kepada masyarakat dan dilantik secara tetap di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
#CareerTips #nurse #nursingschool #education #spm2023 #laluankerjaya #fyp #fypγ· #viral