Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

3 LALUAN UNTUK JADI JURURAWAT πŸ‘©β€βš•οΈ

3 LALUAN UNTUK JADI JURURAWAT πŸ‘©β€βš•οΈ

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
3 LALUAN UNTUK JADI JURURAWAT πŸ‘©β€βš•οΈ JPEG Download
3 LALUAN UNTUK JADI JURURAWAT πŸ‘©β€βš•οΈ JPEG Download
3 LALUAN UNTUK JADI JURURAWAT πŸ‘©β€βš•οΈ JPEG Download
3 LALUAN UNTUK JADI JURURAWAT πŸ‘©β€βš•οΈ JPEG Download

Hello, lovely peeps!πŸ’–

Korang ada ke yang bercita-cita nak jadi jururawat? Orang kata kerja jururawat ni underrated? BETUL KE😱 My advice #BigSisterAdvices janganlah kita menilai sesuatu pekerjaan itu dari segi kebendaan dan memandang tinggi pekerjaan yang lumanyan sahaja. Setiap pekerjaan ada kebaikan masing-masing dan we need each other in our daily lifeπŸ’–

Harini I nak share 3 laluan untuk menjadi jururawat;

1) Diploma Kejururawatan

πŸ‘‰πŸ» Mohon Melalui UA Terpilih

πŸ“Œ Korang boleh membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang kejururawatan yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

πŸ§‘β€βš•οΈ Antara IPTA yang menawarkan diploma kejururawatan adalah UiTM Pulau Pinang, UiTM Sarawak dan UniSZA. Anda boleh buat permohonan melalui:

https://upu.mohe.gov.my

πŸ§‘β€βš•οΈ Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya juga menawarkan diploma dalam bidang kejururawatan dan boleh dimohon pada pautan berikut:

✨ USM - https://pohon.usm.my

✨ UM - https://kemasukan.um.edu.my/index.php/main/menu

πŸ‘‰πŸ» Tawaran Daripada IPTS

πŸ“Œ Pada masa yang sama, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan hospital swasta juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian mereka.

πŸ§‘β€βš•οΈ Anda boleh terus layari laman web mereka dan mohon pada tempoh permohonan dibuka. Antara IPTS yang menawarkan pengajian kejururawatan adalah:

1️⃣ KPJ Healthcare University College

✨ https://kpju.edu.my

2️⃣ UNIKL Royal College of Medical Perak

✨ https://www.rcmp.unikl.edu.my

3️⃣ MSU

✨ https://intake.msu.edu.my

4️⃣ Segi University and College

5️⃣ Kolej Poly Tech MARA (KPTM)

✨ https://www.kptm.edu.my

πŸ“Œ Terdapat banyak kolej dan universiti yang menawarkan diploma yang berkaitan kejururawatan. Oleh itu, anda boleh menyemak kelayakan program pengajian yang ditawarkan melepasi syarat yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) atau tidak kerana ia menentukan kesahihan sijil kejururawatan anda.

2) Program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan

πŸ‘‰πŸ» Mohon Melalui Universiti Awam Terpilih

πŸ‘‰πŸ» Mohon Melalui Universiti Swasta Terpilih

πŸ“Œ Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma/ Setaraf dibuat melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan mulai Januari hingga April setiap tahun.

πŸ§‘β€βš•οΈ Contoh UA yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan;

1️⃣ USM

2️⃣ UKM

3️⃣ UITM

4️⃣ UPM

πŸ§‘β€βš•οΈ Contoh US yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan;

1️⃣ Widad University College

3) Program Latihan Separa Perubatan Jururawat

πŸ‘‰πŸ» Melalui Kementerian Kesihatan Malaysia

πŸ“Œ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan agensi kerajaan yang mengendalikan industri kesihatan awam di Malaysia khususnya hospital-hospital besar dan klink kesihatan di seluruh negara. Oleh itu, KKM memerlukan jumlah jururawat yang ramai bagi menampung keperluan kesihatan awam.

πŸ“Œ Pada setiap tahun, Suruhanjaya Penjawat Awam (SPA) akan membuka peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk memohon melalui aplikasi berikut:

https://spa9.spa.gov.my/login

πŸ§‘β€βš•οΈ Korang perlu mendaftar dan tunggu permohonan ke Latihan Separa Perubatan (Jururawat) dibuka.

πŸ§‘β€βš•οΈ Calon dikehendaki melalui temuduga sebelum ditapis untuk menyertai latihan yang disediakan.

πŸ“Œ Mereka yang layak akan mengikuti latihan selama empat tahun sebelum boleh berkhidmat secara rasmi kepada masyarakat dan dilantik secara tetap di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

#CareerTips #nurse #nursingschool #education #spm2023 #laluankerjaya #fyp #fypγ‚· #viral