Téléchargeur vidéo Lemon8

Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8

Resepi Sizzling sama macam food court ! 😍

Resepi Sizzling sama macam food court ! 😍

Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.

VIDEO
MP4 Original Video Télécharger
PHOTOS
Resepi Sizzling sama macam food court ! 😍 JPEG Télécharger

Hai semua 🤗 pernah tak korang craving makanan food court? Tambah lagi sizzling yee mee kan. Dengan ada telur cair nya. Pergh sedap 😋 Terngiang ngiang je bau dan rasanya tu😋 Sebenarnya buat sendiri di rumah pon boleh tau. Kalau korang takda hotplate, boleh hidangkan dalam pinggan biasa sahaja. Bahan bahan memasak lain kebiasaannya bahan asas di dapur. Kalau korang takda yee mee atau kurang gemar yee mee boleh gantikan dengan spaghetti atau mee kuning. Terpulanglah pada selera masing masing. Harini saya gantikan yee mee dengan spaghetti.

Bahan bahan

Spaghetti

Air secukupnya (untuk rebus spaghetti)

Garam

Sedikit minyak

Minyak menumis

4 ulas bawang putih (cincang halus)

Seinci halia (potong nipis)

6 tangkai cili kering (potong 3)

3 ketul ayam (potong kecil)

3 cawan air

*1/4 cawan kicap manis

*4 sudu besar sos tiram

*3 sudu besar kicap cair

*2 sudu besar karamel masakan

Cendawan shitake

Air bancuhan tepung jagung

1 sudu besar minyak bijan

Garam dan gula secukup rasa

1 sudu besar serbuk lada hitam

Sawi

Telur

Cara penyediaan

Didihkan air. Masukkan spaghetti. Tambah garam dan minyak masak. Bila masak, angkat dan toskan dan simpan secawan air pasta. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. Masukkan ayam. Biarkan ayam sedikit masak. Tambahkan air. Masukkan semua bahan bertanda *. Kacau rata. Biarkan mendidih masukkan cendawan shitake. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam. Tambahkan air bancuhan tepung jagung dan minyak bijan. Jumlah air tepung jagung ikut kepekatan kuah yang korang suka ya. Kalau suka cair letak sikit saja. Panaskan hotplate. Masukkan spaghetti yang dah direbus tadi. Masukkan kuah sizzling. Tambahkan sawi dan sebiji telur. Siap.

#racunlemon8 #cookwithlemon8 #teatimeidea #easyrecipe #lunchideas #resepisizzling #cookingideas