The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
VIDEO | |||
MP4 | Original Video | Download | |
PHOTOS | |||
JPEG | Download |
Hai semua π€ pernah tak korang craving makanan food court? Tambah lagi sizzling yee mee kan. Dengan ada telur cair nya. Pergh sedap π Terngiang ngiang je bau dan rasanya tuπ Sebenarnya buat sendiri di rumah pon boleh tau. Kalau korang takda hotplate, boleh hidangkan dalam pinggan biasa sahaja. Bahan bahan memasak lain kebiasaannya bahan asas di dapur. Kalau korang takda yee mee atau kurang gemar yee mee boleh gantikan dengan spaghetti atau mee kuning. Terpulanglah pada selera masing masing. Harini saya gantikan yee mee dengan spaghetti.
Bahan bahan
Spaghetti
Air secukupnya (untuk rebus spaghetti)
Garam
Sedikit minyak
Minyak menumis
4 ulas bawang putih (cincang halus)
Seinci halia (potong nipis)
6 tangkai cili kering (potong 3)
3 ketul ayam (potong kecil)
3 cawan air
*1/4 cawan kicap manis
*4 sudu besar sos tiram
*3 sudu besar kicap cair
*2 sudu besar karamel masakan
Cendawan shitake
Air bancuhan tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar serbuk lada hitam
Sawi
Telur
Cara penyediaan
Didihkan air. Masukkan spaghetti. Tambah garam dan minyak masak. Bila masak, angkat dan toskan dan simpan secawan air pasta. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. Masukkan ayam. Biarkan ayam sedikit masak. Tambahkan air. Masukkan semua bahan bertanda *. Kacau rata. Biarkan mendidih masukkan cendawan shitake. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam. Tambahkan air bancuhan tepung jagung dan minyak bijan. Jumlah air tepung jagung ikut kepekatan kuah yang korang suka ya. Kalau suka cair letak sikit saja. Panaskan hotplate. Masukkan spaghetti yang dah direbus tadi. Masukkan kuah sizzling. Tambahkan sawi dan sebiji telur. Siap.
#racunlemon8 #cookwithlemon8 #teatimeidea #easyrecipe #lunchideas #resepisizzling #cookingideas