Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

✨5 Benda Wajib Beli di Ecoshop!✨

✨5 Benda Wajib Beli di Ecoshop!✨

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
✨5 Benda Wajib Beli di Ecoshop!✨ JPEG Descargar
✨5 Benda Wajib Beli di Ecoshop!✨ JPEG Descargar
✨5 Benda Wajib Beli di Ecoshop!✨ JPEG Descargar
✨5 Benda Wajib Beli di Ecoshop!✨ JPEG Descargar
✨5 Benda Wajib Beli di Ecoshop!✨ JPEG Descargar
✨5 Benda Wajib Beli di Ecoshop!✨ JPEG Descargar

Kalau saya ke Ecoshop, 5 benda yang wajib saya beli adalah seperti berikut:

1️⃣ Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk

Jenama Ganso adalah jenama utama berkaitan pembersihan dan penjagaan rumah di Ecoshop. Saya sangat suka dengan pencuci pinggan mangkuk jenis aloevera. Ianya selamat digunakan untuk barang-barang bayi dan basuh pinggan mangkuk. Harga RM2.40 untuk 1 liter adalah sangat murah berbanding dengan produk yang sama fungsi nya tetapi dijual di pasaraya. Sebagai contohnya, jenama Sunlight berharga RM8.30.

2️⃣ "Heat-Patch"

Yang ne saya memang wajib "restock" setiap bulan. Ianya sangat bermanfaat kepada saya untuk mengurangkan kesakitan yang dialami ketika fasa "period cramp". Tanyalah mana-mana wanita, semuanya akan berasa tidak selesa dan sakit perut apabila didatangi "period". Oleh itu, saya akan gunakan "Heat-Patch" ini yang memberikan kelegaan secara terus kerana fungsinya adalah melegakan senggugut dan melancarkan peredaran darah. Bayangkan dengan harga RM2.40, Saya dapat 2pcs "Heat-Patch" dan ianya bersifat "eko" iaitu serbuk dalam pelekat ini boleh digunakan untuk penanaman pokok bunga.

3️⃣ Pelbagai Asam

Dengan hanya RM2.40, pelbagai jenis asam boleh dibeli di Ecoshop. Jika hendak dibandingkan dengan asam yang dijual di pasaraya adalah lebih mahal. Sebagai contohnya, jenama Combywide RM3.80 satu paket. Jadi, pilihan untuk murah, jimat dan sedap adalah dengan membelinya di Ecoshop.

4️⃣ "Frozen Food"

Antara produk sejuk beku yang dijual di Ecoshop adalah pau mini, dumpling, karipap, roti canai dan banyak lagi. Ianya disediakan dalam bentuk yang kecil dan mudah untuk disediakan. Hanya perlu distim untuk dimakan. Sebagai contohnya jika makan dumpling di Chicken Rice Shop pastinya berjumlah RM18++ untuk sepinggan. Untuk makluman juga, pelbagai perisa juga ditawarkan untuk produk sejuk beku di Ecoshop. Pilihan yang tepat jika mahu makan bersama keluarga.

5️⃣ Plastik Sampah

Pelbagai pilihan dari segi saiz, warna, ketebalan dan juga bau. Sangatlah menjimatkan duit poket anda. Sebagai contoh plastik hitam di pasaraya untuk saiz M adalah berharga RM3.80 sedangkan di Ecoshop adalah RM2.40. Anda boleh jimat RM1.40 sekali Pembelian. Jadi, marilah beralih kepada produk di kedai Ecoshop. 🤣

Sekian itu sahaja perkongsian kali ini. Sekiranya terdapat pertanyaan atau cadangan lain boleh beritahu di ruangan komen.

#JimatBawahRM #RealitiSuriRumah #WeeklyChallenge #AskLemon8 #tipslemon8