Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

✨8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso😍✨

✨8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso😍✨

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
✨8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso😍✨ JPEG Скачать
✨8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso😍✨ JPEG Скачать
✨8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso😍✨ JPEG Скачать
✨8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso😍✨ JPEG Скачать
✨8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso😍✨ JPEG Скачать
✨8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso😍✨ JPEG Скачать
✨8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso😍✨ JPEG Скачать
✨8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso😍✨ JPEG Скачать
✨8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso😍✨ JPEG Скачать

Hari tu, saya ada buat posting pasal 5 benda wajib beli di Ecoshop Ecoshop kan, kali ne nak ajak korang teracun pulak dengan Ninso.😂🤣

Sebelum ne, saya memang menyelam di Zon Jimat dan Ninso sebelum wujudnya Ecoshop di kawasan pekan. Jadi, sememangnya saya mempunyai banyak koleksi yang dibeli dari situ😍

Antara 8 Barang Berbaloi-Baloi Beli di Ninso adalah seperti berikut:

1. Beg Comel

Boleh isi barang basah, barang kering ke pasaraya dan mengisi barang keperluan yang lain.

2. Seluar basahan anak

Wajib beli! Seluarnya ada jenis seluar pendek dan seluar panjang. Pelbagai warna dan corak yang ada. Untuk harga RM2.40 adalah sangat murah jika dibandingkan dengan harga di kedai-kedai pakaian kanak-kanak.

3. Baju hujan

Baju hujan jenis "Disposable" sangat berguna jika di situasi "tiba-tiba" hujan. Dengan saiz mini ianya mudah untuk disimpan di dalam beg.

4. Alat tulis

Tidak hairanlah mengapa Ibu Bapa, guru dan pelajar sekolah menjadikan Ninso sebagai lubuk mencari alat tulis. Dengan harga yang murah, kita boleh dapat barang yang diinginkan di sini. Pelbagai pilihan untuk setiap alat tulis.

5. Botol "travel kit"

Ianya sangat bermanfaat kepada orang yang ingin melancong ke tempat lain atau menaiki kapal terbang. Dengan saiz mini, produk penjagaan kulit muka, rambut, dan badan dapat diisi ke dalamnya. Jadi, dapat jimat ruang dan mudah dibawa ke mana saja.

6. Beg Plastik sampah

Dengan RM2.40, anda boleh dapat 60pcs ya. Malah ada bau-bauan buah yang menghalang bau busuk sampah daripada terus tersebar. Ianya pilihan paling Berbaloi-Baloi.

7. Tisu basah

Antara salah satu barang wajib saya sediakan apabila keluar daripada rumah. Anak-anak adakalanya cemerkap dengan menumpahkan air, mengotorkan pakaian, dan banyak lagi. Jadi, penyelamat mak-mak adalah tisu basah. Ianya dapat membersihkan kotoran dengan cepat.

8. Alat "makeup"

Siapa kata produk Ninso tidak berkualiti. Jika tidak, Pastinya tidak mendapat sambutan orang ramai. Pelbagai alat kosmetik yang ditawarkan seperti span muka, berus muka, "eyelash", "eyeliner", eyelash curler", "mascara" dan banyak lagi. Untuk yang baru belajar "makeup", anda boleh beli banyak barang disini sebelum beralih ke barang yang berjenama.

Pada pendapat saya, Barang-barang ini bukan sahaja murah malah berkualiti setanding dengan produk di pasaran. Dengan harga RM2.40 banyak barang yang boleh dibeli di Ninso.

Sekian itu sahaja perkongsian kali ini. Sekiranya terdapat pertanyaan atau cadangan lain boleh beritahu di ruangan komen.

#JimatBawahRM #tipslemon8 #CheapButGood #WeeklyChallenge #ShoppingHaul