Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Tahap Kolesterol Jahat Tinggi? Bahaya Tau

Tahap Kolesterol Jahat Tinggi? Bahaya Tau

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

VIDEO
MP4 Original Video 下载
PHOTOS
Tahap Kolesterol Jahat Tinggi? Bahaya Tau JPEG 下载

Pernahkah anda dengar mengenai kolesterol jahat? Kolesterol jahat merupakan kolesterol LDL (low-density lipoprotein) yang meningkatkan risiko pembentukan plak pada kawasan arteri (aterosklerosis).

LDL pula adalah jenis kolesterol yang harus dikurangkan. Ia juga dikenali sebagai 'kolesterol jahat' kerana boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok dan tekanan darah tinggi. LDL cenderung untuk mendap di dalam salur darah sehingga menyempitkannya. Semakin lama, salur darah semakin sempit.

Mereka yang mempunyai tahap kolesterol LDL yang tinggi lebih berisiko untuk menghidap sakit jantung, strok dan juga penyakit arteri periferal (PAD)

Mungkin ramai yang sangka mereka terselamat daripada penyakit jantung jika mereka sihat dan mempunyai faktor risiko yang rendah.

Walau bagaimanapun, menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Circulation, individu yang sihat masih perlu memerhatikan kadar kolesterol dalam badan mereka.

Malah, para pengkaji juga mendapati mereka yang mempunyai kadar kolesterol LDL yang tinggi di dalam badan lebih berisiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang mempunyai kolesterol LDL yang lebih rendah!

#healthylifestyle #cholesterol #lemon8sharing #RacunLemon8