La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8
Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.
PHOTOS | |||
JPEG | Descargar | ||
JPEG | Descargar | ||
JPEG | Descargar | ||
JPEG | Descargar |
Salam warga #Lemon8
Kali ini aku nak share biskut yg ramai orang suka terutamanya golongan kanak2 dan remaja. Silakan resepinya..
RESEPI ALMOND LONDON
Bahan A
250 butter
3/4 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
3 sudu besar serbuk badam
1 sudu kecil baking powder
- ayak bahan2 ni
Bahan C
200g milk chocolate compound
200g dark chocolate compound
1 sudu besar shortening
- yg ni cairkan kaedah double boiler atau cairkan menggunakan microwave.
Bahan D
Kacang badam (almond) secukupnya
- panaskan dalam oven suhu 150 selama 20 minit. Bergantung oven masing2, pastikan badam dah rangup bila dimakan.
Bahan lain
Almond nib untuk hiasan
Black papercup saiz 6cm
CARANYA :
- gaul bahan A hingga sebati guna senduk kayu atau spatula. Kacau sekejap je, tak perlu lama2.
- masukkan bahan B sikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yg tak melekat pada tangan. Pastikan ayak dulu ye bahan B. Jika doh lembik tambah tepung gandum, kalau keras tambah butter.
- gentel doh dan isikan badam di dalamnya, ikut saiz yg boleh muat papercup.
- susun dalam loyang pembakar dan bakar suhu 170 selama 25 minit. Bergantung pada oven masing2, kepanasan seperti membakar biskut2 lain.
- tunggu biskut sejuk baru celup dalam coklat cair dan masukkan dalam papercup. Guna penyepit lebih mudah ye.
- tabur sedikit almond nib.
- masuk dalam peti sejuk selama 5 minit supaya coklat cepat beku. Jangan masuk terlalu lama, nanti biskut akan berpeluh semasa dikeluarkan.
- simpan dalam balang kedap udara.
SELAMAT MENCUBA
Kalau tak faham boleh tanya..
Bye with ❤