Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

Part 2 |Gemar Minum Air Lemon? Ada 3 Kebaikan lagi

Part 2 |Gemar Minum Air Lemon? Ada 3 Kebaikan lagi

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
Part 2 |Gemar Minum Air Lemon? Ada 3 Kebaikan lagi JPEG Descargar

Semangat pagi genggggg🤗🤗🤗

Ok kita sambung part 2 kebaikan minum Air Lemon.. Let's baca geng😍😍😍

1. Adakah lemon boleh menurunkan berat badan?

Seperti yang ramai orang tahu, air kosong mempunyai 0 kalori. Jika anda menambah perahan limau ke dalam minuman, anda hanya akan menambah sebanyak 6 kalori sahaja. Sebab itulah air perahan lemon menjadi pilihan individu yang sedang berdiet!

Amalan minum air lemon ketika berdiet dapat mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. Ini merupakan salah satu cara untuk menambah perisa pada air tanpa perlu ambil lebih banyak kalori. Selain itu, amalan ini juga membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Oleh itu, anda akan kurang makan dan akhirnya anda akan mengalami penurunan berat badan.

2. Khasiat air lemon bantu sistem pencernaan anda

Khasiat air lemon mengandungi asid yang boleh membantu sistem pencernaan anda. Sebagai contoh, orang yang sudah berusia akan mempunyai kandungan asid perut yang lebih lemah daripada biasa. Air lemon mungkin dapat membantu tubuh untuk memecahkan makanan dengan lebih sempurna.

Lemon juga mengandungi sejenis fiber yang dipanggil pektin. Pektin ialah sejenis prebiotik yang dapat membantu untuk kesihatan perut yang lebih baik. Namun, jika anda ingin merasakan kebaikan pektin, anda dinasihatkan untuk minum jus lemon bersama dengan pulpanya sekali.

3. Kurangkan risiko batu karang

Pasti ramai orang sudah sedia maklum bahawa pesakit batu karang perlu minum banyak air untuk elakkan pembentukan batu karang daripada berulang. Oleh itu, amalan minum air yang mencukupi boleh membantu anda untuk melawan penyakit batu karang yang selalunya berpunca daripada dehidrasi.

Selain itu, asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon juga mampu mengurangkan risiko batu karang. Ia mampu menghalang pembentukan kebanyakan jenis batu karang yang selalunya terbentuk daripada kalsium oksalat.

Jommm geng kita grab lemon harini! 🤗

#BigSisterAdvices #AskLemon8 #WeeklyChallenge #AboutMe #MyGlowUp #lemon8kurussihat #Lemon8BodyShape #lemon8recipe #lemon8drinksrecipe #Lemon8MomsClub