Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

BAHAYA jika symptoms bila datang haid? Tak Normal?

BAHAYA jika symptoms bila datang haid? Tak Normal?

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
BAHAYA jika symptoms bila datang haid? Tak Normal? JPEG Download
BAHAYA jika symptoms bila datang haid? Tak Normal? JPEG Download
BAHAYA jika symptoms bila datang haid? Tak Normal? JPEG Download
BAHAYA jika symptoms bila datang haid? Tak Normal? JPEG Download
BAHAYA jika symptoms bila datang haid? Tak Normal? JPEG Download

Hi besties just nak share my experience and jugak bahaya ke tak normal ada symptoms macam rasa pening kepala, nak muntah dan rasa penat. I hope info ni dapat benefit korang semua ✨🤍

🤕 Pening kepala tu la rasa nak mati sumpah tak tipu. Kepala i berdenyut-denyut tak henti henti. Masa tu i takda ubat so i kena google natural remedies: paling senang ambik ais batu sapu kat dahi. Memang jadi la pening kepala tu hilang.

🤢 Rasa muntah selalunya waktu malam masa nak tidur rasa nak muntah. Apa i buat masa tu i kena minum air halia suam. Rebus halia. air rebus tu minum je. Lepas tu perut kempis, berkentut-kentut la i. Dah takde dah rasa mual tu. Auto hilang.

🥱 Selalunya i rasa penat bila lepas hari pertama datang haid. Esoknya nak bangun punya susah la rasa dia, badan rasa lesu sangat. Seharian rasa penat je nak focus kat class pun susah

BAHAYA KE TAK NORMAL ADA SYMPTOM NI 🤔

🤕 pening kepala

Kerana ketidakseimbangan hormon dan pengeluaran darah haid yang banyak menyebabkan pening kepala. Tapi kalau pengeluaran darah haid tak banyak tapi masih pening? Itu maksudnya anda tengah mengalami “hormonal migraine” pening kepala ini disebabkan hormon wanita estrogen yang tidak stabil. Ini akan berlaku masa datang haid sahaja

🤢 Rasa nak muntah/ mual

⚪️Pelepasan hormon prostaglandin semasa haid boleh menyebabkan kontraksi rahim, menyebabkan sakit dan mual.

⚪️ Ketidakseimbangan estrogen dan progesteron sepanjang kitaran haid boleh mempengaruhi sistem pencernaan dan menyumbang kepada rasa mual

⚪️ Sakit haid yang hebat, disebabkan oleh kontraksi otot rahim, boleh menyebabkan mual

⚪️ Rasa mual adalah antara gejala yang berkaitan dengan PMS, yang boleh berlaku beberapa hari sebelum haid

⚪️ Sesetengah orang ketika haid akan mengalami sistem pencernaan mereka menjadi sensitif contoh: rasa sembelit, atau cepat nak buang air besar. Disebabkan itu, muncul lah rasa mual.

🥱 Rasa penat

⚪️ Perubahan level hormon estrogen dan progesteron semasa kitaran haid boleh memberi kesan kepada tahap tenaga dan menyumbang kepada rasa penat.

⚪️ Haid melibatkan penyingkiran lapisan rahim, yang menyebabkan kehilangan darah. Kehilangan darah ini boleh menyebabkan penurunan tahap zat besi, yang mungkin menyebabkan rasa penat.

⚪️ Pelepasan hormon prostaglandin, yang membantu rahim berkontraksi untuk menyingkirkan lapisan rahim, boleh menyumbang kepada kepenatan. Prostaglandin boleh memberi kesan kepada bahagian-bahagian lain badan, menyebabkan kepenatan otot dan kelemahan.

⚪️ Sakit haid dan ketidakselesaan boleh mengganggu tidur dan kesejahteraan keseluruhan, menyumbang kepada rasa penat

⚪️ Perubahan hormon juga boleh mempengaruhi mood dan emosi, yang mungkin menyebabkan rasa penat atau kelesuan

⚪️ Individu dengan keadaan seperti anemia atau sindrom ovari polikistik (PCOS) mungkin lebih cenderung mengalami kepenatan semasa haid

#WomenHealth #HealthTips #AkuJeKe #periodhealth #periodtalk #haidcare