The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download |
Hello Lemonies!🍋 It’s Masie here!👋🏻
Harini I nak bercerita tentang Jenis-Jenis Penyakit Mental yang kita semua patut tahu supaya kita dapat mengenalpasti keadaan mental kita dan orang sekeliling kita dalam keadaan sihat ataupun tidak!🧐
7 JENIS GANGGUAN MENTAL‼️
1️⃣ GANGGUAN PERASAAN (MOOD DISORDER)
Kemurungan (Depression)
🔺 Perasaan sedih yang berpanjangan
🔺 Keletihan dan ketiadaan tenaga
🔺 Cepat marah
🔺 Hilang minat dalam aktiviti harian
🔺 Perasaan bersalah
🔺 Hilang selera makan
🔺 Gangguan tidur
🔺 Kurang daya tumpuan dan ingatan
Gangguan Bipolar (Bipolar Disorder)
🔺 Perubahan mood dari kemurungan atau gembira yang melampau (mania) kepada sebaliknya
🔺 Kurang keperluan untuk tidur
🔺 Lebih banyak bercakap dari biasa
🔺 Melakukan aktiviti berisiko
🔺 Mudah terganggu
🔺 Kesedihan melampau
🔺 Berubah selera makan
🔺 Hilang fokus
🔺 Rasa ingin bunuh diri
2️⃣ KECELARUAN KERESAHAN (ANXIETY DISORDER)
🔺Susah memberi tumpuan atau buat keputusan
🔺Rasa bimbang dan gelisah sepanjang masa
🔺Mengalami loya atau sakit perut
🔺Jantung sering berdebar
🔺Berpeluh dan menggigil
🔺Masalah sukar tidur
🔺Rasa panik dan sesak nafas
🔺Ketegangan otot
3️⃣ KECELARUAN PERSONALITI (PERSONALITY DISORDER)
🔺Emosi tak stabil
🔺Susah kawal kemarahan
🔺Rasa jiwa “kosong” berpanjangan
🔺Susah percaya atau terlalu percaya terhadap orang lain
🔺Berusaha untuk mengelak ditinggalkan oleh orang yang rapat
🔺 Melakukan perbuatan mencederakan diri yang berulang
🔺Terburu-buru melakukan sesuatu
🔺Konflik identiti diri
4️⃣ GANGGUAN PSIKOTIK (PSYCHOTIC DISORDER)
Skizofrenia (Schizophrenia)
🔺Mendengar atau melihat seduatu yang tidak wujud (halusinasi)
🔺Mempunyai keyakinannyang kuat yang tidak benar dan kelihatan tidak rasional kepada orang lain (delusi)
🔺Hilang motivasi untuk melakukan sebarang kerja
🔺Pertuturan dan pemikiran yang bercelaru
🔺Sukar menumpukan perhatian
🔺Gangguan pergerakan iaitu melakukan sesuatu pergerakan dengan berulang-ulang
5️⃣ GANGGUAN MAKAN (EATING DISORDER)
Anorexia Nervosa
🔺Denyutan nadi yang rendah
🔺Tekanan darah rendah
🔺Keletihan dan mengantuk
🔺Kulit menjadi kering
🔺Fikiran sering terganggu dan mudah marah
Sentiasa mencari kesempurnaan
🔺Kurang bersosial untuk mengelakkan daripada menikmati makanan
🔺Kurang keyakinan diri
🔺Tiada kedatangan haid
Bulimia Nervosa
🔺Pembengkakan kelenjar liur akibat sering muntah
🔺Kedatangan haid yang tidak teratur
🔺Kereputan gigi kerana kandungan asid yang tinggi dalam muntah
🔺Sakit perut akibat sering berlaku ketegangan atau pengecutan perut disebabkan makan berlebihan
🔺Masalah perkumuhan, lendir kotor di dalam usus besar dan juga gangguan pembuangan air besar akibat daripada penggunaan laxative
🔺Sukar untuk tidur
🔺Suara menjadi serak
6️⃣ GANGGUAN BERKAITAN TRAUMA (TRAUMA RELATED DISORDER)
Gangguan Tekanan Selepas Trauma (Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD))
🔺Mengelak dari berjumpa orang ramai
🔺Mengelak dari bercakap atau berfikir tentang peristiwa itu
🔺Mengelak bau, bunyi atau pemandangan tertentu
🔺Menjadi gelisah atau berjaga-jaga
🔺Sukar tidur atau menumpukan perhatian
🔺Mudah marah dan tidak percaya orang
🔺Hilang minat dengan perkara yang dulu disukai
🔺Rasa bersalah atau malu
7️⃣ GANGGUAN PENYALAHGUNAAN BAHAN (SUBSTANCE ABUSE DISORDER)
🔺Keinginan yang kuat untuk menggunakan bahan
🔺Menghabiskan banyak masa untuk memikirkan rasa atau cara untuk dapatkan bahan tersebut
🔺Mengalami masalah untuk hentikan penggunaannya
🔺Perubahan dalam tidur atau selera makan
🔺Jika berhenti menggunakan bahan tersebut akan merasa goyah, pening, tertekan, berpeluh berlebihan, sakit kepala, sakit perut dan lain-lain
Cuba check korang ada tak simptom-simptom ni? Kalau ada please cepat-cepat dapatkan bantuan dari yang pakar jangan self diagnose okie!♥️
#mentalhealth #mentalhealthmatters #mentalhealthjourney #mentalhealthawareness #mentalhealthtips #mentalwellness #AskLemon8 #health #HealthTips #anxiety