Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen
Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".
PHOTOS | |||
JPEG | Herunterladen |
Hai lemon8 😍
Hari ini i nak share resipi kek coklat versi kukus. i buat kek ini mengikut resipi yang paling senang. tak ada mixer pun tak apa. hanya guna blender.
Sebenarnya ni adalah kali pertama i buat kek coklat ni tau. teringin nak buat, memandangkan bahan² dah ada. Alhamdulillah, kek yang i buat ni menjadi dan sedap! 😊 sila cuba ya!
bahan² kering: diayak
-1 1/2 cawan tepung gandum
-1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
-1 sudu kecil soda bikarbonat
bahan² basah: diblend
-1 cawan minyak masak
-3 biji telur gred A
-1 sudu kecil esen vanilla
-1 cawan gula
-1 cawan susu cair
-1/2 cawan susu pekat *kalau nak manis letak 1 cawan*
-1 cawan serbuk koko
-1 cubit garam
bila bahan2 dah diayak dan diblend, campurkan bahan kering ke dalam bahan basah sedikit demi sedikit. kacau sehingga sebati. kemudian, tuang adunan ke dalam bekas² plastik, mengikut saiz periuk pengukus yang sesuai. kukus selama 20-25minit atau sehingga kek masak.
selamat mencubaaaa! 😘