Téléchargeur vidéo Lemon8

Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8

Buku tentang anxiety (review buku)

Buku tentang anxiety (review buku)

Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.

PHOTOS
Buku tentang anxiety (review buku) JPEG Télécharger
Buku tentang anxiety (review buku) JPEG Télécharger
Buku tentang anxiety (review buku) JPEG Télécharger
Buku tentang anxiety (review buku) JPEG Télécharger
Buku tentang anxiety (review buku) JPEG Télécharger

“Kehidupan pada zaman moden mungkin telah banyak melenyapkan ancaman-ancaman yang datang dalam bentuk fizikal, tetapi kegelisahan bermaharajalela sekarang kerana kita sentiasa rasa terancam dengan sangkaan bahawa kita belum cukup baik, cukup kaya, cukup cantik dan serba-serbi tidak cukup.”

Cuak ialah buku bantu diri yang mengajak pembaca untuk memahami anxiety dari sudut psikologi; mekanisme, punca dan juga cara untuk berhadapan dengan serangan panik.

Antara perkara penting dan menarik perhatian saya yang dibincangkan oleh penulis di dalam buku ini adalah mengenai :

•teori perapatan (attachment theory)

•kesan media sosial terhadap anxiety

•terapi dan rawatan profesional untuk pesakit anxiety

•perbezaan antara normal anxiety dan anxiety disorder

Saya sangat tertarik dengan gaya bahasa dan penyampaian penulis yang merupakan pakar psikiatri untuk menjelaskan perkara-perkara saintifik yang berkaitan dengan anxiety.

Sangat mudah dibaca dan difahamkan oleh pembaca umum.

Pengisian grafik seperti gambarajah dan carta alir menarik perhatian saya untuk lebih memahami sesuatu topik yang dibincangkan seperti Hukum Yerkes-Dodson.

Pada pandangan peribadi saya, buku ini sesuai dibaca oleh semua terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah anxiety.

Rating peribadi: 4🌟

#bookreview #bookrecommendation #bookworm #booklover #book #merawatanxiety #booksforanxiety