Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Places to Visit in Peninsular Malaysia✈️

Places to Visit in Peninsular Malaysia✈️

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Places to Visit in Peninsular Malaysia✈️ JPEG 下载
Places to Visit in Peninsular Malaysia✈️ JPEG 下载
Places to Visit in Peninsular Malaysia✈️ JPEG 下载
Places to Visit in Peninsular Malaysia✈️ JPEG 下载

Hey hey everyone! Korang nak pergi bercuti tapi tak tau mana nak pegi? Don’t worry cause I got you!

Tempat pertama yang korang boleh pergi ialah genting highland. Genting Highland yang terletak di pahang merupakan salah satu tempat pelancongan yang sangat terkenal di Malaysia. Banyak activity yang menarik antara ialah pusat membeli belah di Genting Premium Outlet dimana anda boleh temui jenama-jenama terkenal dan mendapat diskaun sehingga 70%. Selain itu, korang juga boleh menaiki cable car di awana skyway, melawati kuil chin swee caves dan juga berseronok di taman tema seperti skytropolis (indoor) dan skyworld (outdoor).😍

Tempat kedua yang korang boleh pergi ialah Melaka. Bandaraya Melaka adalah salah satu bandar terbersih di Asia Tenggara, dianugerahkan sebagai Pemenang Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN Peringkat Kebangsaan 2018-2020. Bandaraya bersejarah ini hanya terletak kira-kira 2 jam sahaja dari Kuala Lumpur. Pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti A’famosa, Christ Church Melaka, St Paul Church, jonker street dan macam-macam lagi.❤️

Tempat ketiga yang korang boleh bercuti ialah Pulau Pinang. Penang yang indah sentiasa menjadi destinasi percutian yang popular di Malaysia kerana ia menawarkan makanan yang sedap, suasana pekan lama yang menawan, serta pelbagai tarikan yang seronok dan menarik. Tempat-tempat seronok yang ada di pulau pinang ialah seperti Bukit bendera, Escape theme park, Tokong Kek Lok Si, Gurney Walk, Batu Feringgi dan juga Avatar Secret Garden.😍

Hope this helps and enjoy your holidays!❤️

#travel #Malaysia #travelwithashantha