Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

𝘽𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙂𝙄𝘼 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙢𝙖

𝘽𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙂𝙄𝘼 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙢𝙖

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
𝘽𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙂𝙄𝘼 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙢𝙖 JPEG Descargar

hai lemonerss 🍋

Saya berkahwin baru 12 tahun dikira masih seumur jagung🤭..

Bila kita dengar kisah-kisah orang yang sudah lama berkahwin ni banyak benda kita boleh belajar.

Mereka hidup bersama bertahun-tahun tanpa ada krisis dalam rumah tangga. Mungkin ada krisis, tetapi mereka bijak menanganinya bersama-sama tapi orang lain nampak tenang sahaja.

Banyak nasihat yang kita boleh ambil dari kisah orang lama untuk kita jadikan panduan dalam rumah tangga kita, antaranya:

1) Saling bertolak ansur. Jangan masing-masing nak pertahankan ego sehingga tak ada yang mahu mengalah.

2) Banyakkan buat aktiviti bersama. Sentiasa libatkan pasangan dalam setiap urusan. Orang dulu-dulu makan mesti berteman, pergi mana-mana pun berdua. Kan lagi sweet macam tu😁

3) Tak perlu tunjuk semua kebahagiaan kita kepada orang lain. Biar pasangan kita sendiri yang merasai

4) Penting bertoleransi macam kerjasama dalam selesai kan kerja rumah dan urusan anak-anak.

Di sebabkan peredaran zaman dan teknologi yang canggih juga membezakan realiti kehidupan orang dulu-dulu dengan orang sekarang.

Zaman dulu mana ada media sosial macam zaman sekarang. Nak berkenalan dengan orang baru pun susah. Namun jangan pula jadikan alasan teknologi masa kini yang menghancurkan rumah tangga kita.

Sebaiknya diri kita sendiri dan pasangan lah kena memainkan peranan sebagai suami isteri sebaik yang mungkin.

Sentiasa meminta kepada-Nya agar keluarga kita sentiasa dilimpahi dengan sakinah, mawaddah dan rahmah.

#familytips #lemon8sharingtips #lemon8sharing #lemon8tipsandtrick #lemon8family #lemon8love #Lemon8Malaysia #zulyazfamily #20112023