Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

Skincare Terbaik dari Watsons ✨

Skincare Terbaik dari Watsons ✨

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

VIDEO
MP4 Original Video Скачать
PHOTOS
Skincare Terbaik dari Watsons ✨ JPEG Скачать

Hi Lemons 🍋

Hari ni I nak expose sikit skincare apa yang I beli dari Watsons. First sekali I nak bagitahu, I ada combination skin. Basically, muka I oily dekat T-zone sahaja. And dulu I ada habit pecahkan jerawat jadi sekarang I berusaha untuk hilangkan dark spots. I suka guna produk Glycolic Bright dari L’oreal sebab boleh nampak result in a few days je. Skincare kena rajin pakai ye kalau nak nampak results. 🥰

💥Untuk bantu kulit you lebih bersih, wajib double cleanse! I guna hydrating cleansing oil dari HadaLabo untuk tanggalkan segala makeup dan kotoran yang ada dekat muka. Kadang2 you pakai cleanser je tak semestinya makeup akan tanggal sebab kebanyakan makeup waterproof. Jadi sangat recommend you double cleanse supaya lebih yakin kulit you bersih. 💦

🔥 Lepastu untuk pastikan pori tak tersumbat, I akan exfoliate at least 2-3 kali seminggu dengan Charcoal + Black Sugar mask. Bagus untuk buang sel kulit mati supaya muka you lebih lembut and nampak berseri. ✨✨

☀️ Untuk mencegah kulit you dari penuaan dan cepat rosak, kena pakai sunscreen dekat dalam dan luar rumah. I suka pakai UV defender dari L’oreal sbb dia tak berminyak dan dia tak tinggalkan lapisan putih dekat kulit.

Okay lah tu je I nak share untuk hari ni. Kalau you guys ada nak recommend skincare untuk I cuba, sila komen dekat bawah ya! Nanti I boleh singgah Watsons lagi sebab I ada voucher dalam app ZCITY. 😍

#skincare #beauty #skincaretips #watsons #recommendation #zcity #review #sharingiscaring