Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

Kod Warna pada Ubat Gigi!!

Kod Warna pada Ubat Gigi!!

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
Kod Warna pada Ubat Gigi!! JPEG Скачать
Kod Warna pada Ubat Gigi!! JPEG Скачать

Hi 🍋nade..Mitos kod warna pada Tiub Ubat Gigi🤔🤔🤔

Sehingga kini, terdapat pelbagai jenis ubat gigi yang telah dikeluarkan dalam pasaran. Sesetengah daripadanya mempunyai klarifiasi atau kegunaan tersendiri seperti mencerah dan memberi nafas yang lebih segar☺️☺️

Namun, pernahkah anda melihat terdapat kod warna yang berbeza pada setiap tiub ubat gigi yang dibeli??? ?

Mitos!!!!!

Setiap ubat gigi yang dihasilkan mempunyai jenis warna yang berbeza pada hujung bahagian produk itu. Disebabkan perkara itu, timbul pelbagai pandangan dan mitos mengenai maksud disebaliknya.

Sesetengah orang berpendapat bahawa label warna tersebut mempunyai kaitan dengan bahan yang digunakan dalam ubat gigi.

Sebagai contoh, label hijau pada ubat gigi merujuk kepada bahan semula jadi. Manakala label biru pula merujuk kepada campuran semula jadi dan ubat gigi.

Selain itu, warna merah pula bermaksud campuran bahan semula jadi dan bahan kimia. Warna hitam bererti hanya menggunakan bahan kimia.

Walau bagaimanapun, kesemua maklumat tersebut adalah tidak tepat…

Menurut Syarikat Produk Pergigian, Colgate, tanda warna yang terdapat pada hujung tiub ubat gigi bertujuan untuk mengesan sensor cahaya.

Ia juga bagi memudahkan produk itu dipotong dan dimeterai dengan betul. Kebiasaannya, bahan-bahan yanng digunakan untuk pembuatan ubat gigi akan dicetak pada pembungkusan.

Dalam pada itu, Persatuan Pergigian Amerika juga menjelaskan bahawa kebanyakan ubat gigi menggunakan bahan asas yang sama.

Antaranya termasuklah bahan pelelas untuk membersihkan gigi, humektan untuk melembutkan ubat gigi dan detergen untuk membantu ubat gigi berbuih.

Selain itu, ia juga mempunyai bahan fluorida untuk membantu mencegah kerosakan gigi dan kaviti bagi menguatkan enamel gigi.

🌸Smoga bermanfaaf🌸

#MalaysiaLife

#AskLemon8

#Lemon8Forum

#Rezeki

#BudgetingLife