Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

MENYEMAI BENIH DI KEBUN BALKONI

MENYEMAI BENIH DI KEBUN BALKONI

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
MENYEMAI BENIH DI KEBUN BALKONI JPEG Скачать
MENYEMAI BENIH DI KEBUN BALKONI JPEG Скачать
MENYEMAI BENIH DI KEBUN BALKONI JPEG Скачать
MENYEMAI BENIH DI KEBUN BALKONI JPEG Скачать
MENYEMAI BENIH DI KEBUN BALKONI JPEG Скачать
MENYEMAI BENIH DI KEBUN BALKONI JPEG Скачать

Lepas anak pokok dah bercambah, boleh terus pindah ke pasu ke?

Untuk beginner yang tak tahu apa nak buat selepas benih bercambah, meh saya nak share.

Biasanya benih akan mula bercambah hari ke-3 dan ke atas bergantung jenis anak benih. Biasanya benih daun sup atau parsley memang akan ambil masa yang lama untuk bercambah. Jadi kena bersabar. Kalau lebih dari tempoh percambahan pokok masih tak muncul bermaksud anak benih dah rosak. Sila semai baru.

Media yang paling sesuai digunakan adalah peat moss. Boleh beli peat moss secara online. Peat moss adalah sejenis lumut yang mengandungi nutrient dan akan membantu tumbesaran pokok.

Selepas anak pokok dah muncul kena dedahkan pada cahaya pagi dari pukul 8-11 pagi. Jangan biar terdedah terlalu lama sebab peat moss akan kering. Apatah lagi kalau kita semai dalam tray semaian. Cukup kena cahaya pagi je.

Kalau perasan gambar di atas ada anak pokok tumbuh senget. Tu tandanya pokok tidak menerima cahaya dan dia mencari punca cahaya. Kalau dibiarkan anak pokok tak cukup cahaya, anak pokok akan tumbuh senget dan meninggi.

Selepas anak pokok dah berusia 2 minggu dah boleh pindah ke pasu yang besar. Lepas tu dah boleh baja dan siram macam biasa.

Nanti saya akan share pula baja apa yang sesuai untuk tanaman sayuran nanti. Stay tune!

#kebunsayur #balconygardening #gardening #tanamsayur #urbangarden #semaibenih