Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

TERINGIN CAT RUMAH? JANGAN TERSALAH PILIH WARNA

TERINGIN CAT RUMAH? JANGAN TERSALAH PILIH WARNA

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
TERINGIN CAT RUMAH? JANGAN TERSALAH PILIH WARNA JPEG Download
TERINGIN CAT RUMAH? JANGAN TERSALAH PILIH WARNA JPEG Download
TERINGIN CAT RUMAH? JANGAN TERSALAH PILIH WARNA JPEG Download
TERINGIN CAT RUMAH? JANGAN TERSALAH PILIH WARNA JPEG Download
TERINGIN CAT RUMAH? JANGAN TERSALAH PILIH WARNA JPEG Download
TERINGIN CAT RUMAH? JANGAN TERSALAH PILIH WARNA JPEG Download

Bingung memilih warna cat dinding rumah yang bagus? Pemilihan warna cat merupakan suatu hal yang penting ketika korang nak bina atau ubahsuai rumah. Banyak faktor yang perlu diberi perhatian, bermula dengan gaya hiasan rumah, kesan yang ingin dilihat, hingga pencahayaan.

Jika tersalah pilih warna, warna cat boleh menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan.

Harini sis ingin kongsikan 5 tips memilih warna cat rumah

1. Kenali gaya atau tema hiasan rumah

Sebelum memilih warna cat rumah, langkah pertama adalah mengetahui gaya hiasan rumah korang. Dalam membina atau mengubahsuai rumah, gaya hiasan rumah memiliki peranan penting kerana hal ini akan berpengaruh pada jenis perabot yang akan mengisi rumah, bentuk dan susunan setiap ruangan dan warna cat rumah.

2. Buat palet warna

Lihat warna utama rumah dan padankan dengan pelbagai warna lain. Pertimbangkan warna pelengkap, membandingkan warna yang digunakan sebagai warna utama rumah dengan warna yang serupa, atau warna yang kontras. Pertimbangkan juga jenis finishing yang korang inginkan: matte, satin atau glossy.

3. Ujian warna dan eksperimen pada dinding putih

Cara terbaik untuk menguji kombinasi warna cat rumah korang adalah dengan mengecatnya terus ke dinding. Selain melihat campuran dan ketepuan (ingat bahawa warna cat dalam katalog mungkin berbeza daripada asal apabila disapu pada dinding), ini adalah cara untuk menguji kualiti cat. Tunggu kira-kira 24 jam sebelum memutuskan sama ada untuk menggunakan warna tersebut atau tidak.

4. Perhatikan pencahayaan

Apabila menguji warna pada dinding putih, pertimbangkan juga bagaimana warna itu kelihatan di bawah pencahayaan yang berbeza. Pada waktu pagi, pada sebelah petang atau pada waktu malam.

5. Kesan kepada ruang

Sebaiknya pertimbangkan juga kesan warna terhadap suhu rumah. Warna terang akan memberi sedikit efek ‘warm’ manakala warna pastel akan memberi efek ‘cool’. Pemilihan warna yang gelap pula akan membuatkan suasana rumah kelihatan sedikit malap.

Dalam memilih warna cat rumah, adalah penting untuk mempertimbangkan pelbagai perkara dari kecerahan warna, kesan yang diingini, hasil finishing, penampilan dalam pelbagai pencahayaan, serta kualiti dan ketahanan warna itu sendiri.

Pastikan korang telah benar-benar memikirkannya dengan baik agar tidak menyesal di kemudian hari 😉