Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

BUBUR CANDIL

BUBUR CANDIL

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
BUBUR CANDIL JPEG 下载

Bahan-bahan:

3 cawan tepung pulut

Santan cair secukupnya

11/2 sdt garam

11/2 sdb gula halus (optional)

2-3 liter air utk merebus

2 helai daun pandan - masukkan dalam air untuk merebus

2 liter air sejuk untuk merendam selepas direbus

Kuah santan

1000ml santan

100-150gm gula pasir (ikut suka nak manis atau krg manis)

2-3 sdb sagu (optional) direndam dgn air panas

11/2sdt garam

2 helai daun pandan disimpul

2sdt tepung ubi/jagung (optional) larutkan dengan air

Cara-cara:

Satukan tepung pulut, garam, gula. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit , hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.

Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang disukai.

Gentel bulat-bulat sampai habis.

Didihkan air bersama daun pandan sehingga menggelegak dalam periuk. Masukkan bebola tepung dan masak hingga timbul di permukaan. Angkat guna penapis dan rendamkan dalam bekas berisi air sejuk.

Kuah santan:

Masak santan, gula, garam dan daun pandan, sagu hingga mendidih. Kemudian boleh masukkan tepung ubi/jagung untuk memekatkan. Saya tak letak pasal saya letak sagu biji. Tos bebola tepung dalam air sejuk tadi dan masukkan ke dalam santan kacau sekejap tutup api. Siap dah boleh makan😅😅

.

#RacunLemon8