Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

BEGEDIL AYAM

BEGEDIL AYAM

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
BEGEDIL AYAM JPEG Скачать

Bahan:

• 1 kg kentang.

• 3 tangkai daun sup diracik halus.

• 1 sudu besar lada sulah (lada putih) ditumbuk halus.

• 2 sudu besar bawang goreng (boleh tambah ikut suka).

• dada ayam, banyak ikut selera.

• garam secukup rasa.

• telur secukupnya #

• minyak untuk menggoreng #

Caranya:

Kupas kentang, potong dan goreng hingga empuk.

Kemudian tumbuk kentang selagi panas. Sebab kalau tumbuk bila sejuk kentang akan jadi keras dan susah ditumbuk.

Goreng dada ayam, ditumbuk kasar dan disiat-siat.

Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda #

Tambah perasa ikut selera sendiri.

Mula bentuk begedil sesuai selera suka. Biasanya berbentuk bulat datar.

Akhir sekali, celupkan begedil yang sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul dan dibubuh sedikit garam.

Goreng dalam minyak yang panas dan penuh.

Tips :

Jangan sesekali gunakan ayam kisar yang mentah kerana begedil boleh jadi hancur semasa digoreng sebab basah atau lembik dan juga ayam kisar yang mentah tidak sempat masak sempurna sebab begedil digoreng cuma sekejap.

#RacunLemon8