Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Homemade mayonis

Homemade mayonis

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Homemade mayonis JPEG Download

๐ŸŒธ Bagaimana untuk membuat mayonis

Mayonis adalah salah satu makanan yang kita akan beli untuk menambah citarasa dalam makanan harian. Tapi tahukan anda, mayonis sangat mudah dan senang dibuat sendiri dengan hanya 1 minit penyediaan. Barang yang diperlukan boleh didapati di rumah anda. Ia sangat menjimatkan poket kewangan anda. Setelah anda membuat mayonis sendiri. Dengan resepi yang saya telah beri. Saya yakin anda tidak akan membelinya lagi di pasaraya.

Sepertimana yang kalian tahu. Makanan yang kita sediakan dari rumah lebih terjamin bersihnya. Malah apabila kita tahu kandungan dalam makanan yang kita sediakan. Ia membuatkan badan kita lebih sihat dan cergas. Ohh ya , jika kalian perhati mayonis di luar sana. Ada tambahan gula yang tidak diperlukan. Inilah yang kita tidak mampu kawal sekiranya kita membeli mayonis di luar sana.

Saya tau ramai pengemar mayonis. Terutamanya bila makan burger. Sudah pastinya inilah pelengkap perasanya. Mayonis juga sangat popular dalam sandwich, salad, pizza, dan banyak lagi.

๐ŸŒธ Barang yang diperlukan untuk buat mayonis homemade.

2 biji Telur

4 tbsp jus Lemon/cuka

1/2 tbsp Garam

2 1/2 cup Minyak (boleh guna pelbagai jenis minyak. Olive oil, canola oil, corn oil, dll)

โœจ Cara penyediaannya sangat mudah. Hanya 1 minit mayonis anda sedia dinikmati.

1. Masukkan telur, jus lemon dan garam di dalam blender.

2. On suis blender, setelah adunan diatas telah teradun selama 5 saat. Masukkan minyak sikit demi sikit. Teruskan blend kesemuanya sehingga dapat tekstur yang diingini.

3. Masukkan kedalam bekas kedap udara . Boleh terus disimpn di dalam peti ais.

โœจJom sediakan makanan sihat untuk keluarga โœจ

#AskLemon8 #Lemon8Diary #homemade #homemadefood #food #foodie #foodblogger

#syimanordin