The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
VIDEO | |||
MP4 | Original Video | Download | |
PHOTOS | |||
JPEG | Download |
Part 3 - nyesal pula tak buat voice over sekali sebab macam bosan pula video ni.
.
Tapi kalau ada suara i mencecer kang tak feel pulak suasana dalam tu.. ahahaha.
.
Waktu malam kan tak de aktiviti, so kita join la candlelight dinner DALAM GUA !!!! wahhh... best gila.. gi tag suami korang, ajak dia candlelight dinner sini.. 😆 .
.
Sebelum book i tanya dulu halal tak, diorang cakap halal, adik tu cakap chef pun ada melayu.. so i minta jangan campur apa apa wine/champagne la dalam makanan atau minuman... dia kata ok !
.
Nak masuk dalam ni dress code dia smart casual, so tak boleh pakai selipar atau seluar pendek..heels tak digalak kan sebab takut jatuh, gua kan .... .
.
Harga pula, kalau stay situ RM645 sahaja seorang... kalau tak stay, RM725 seorang.
.
Menu pula, dia 11 course punya makanan.. tapi portion dia tak banyak la.. so ok, boleh habis makan sampai ke-11 tu.. makanan pun sedap..ada la 1 dish dia tu i tak lalu tekak, yang lain ok.
.
Oh lupa..budak bawah 12 tahun tak boleh ye.. faktor keselamatan.
.
SUASANA dia Ya Allah.. korang tengok kebesaran Allah, gua dah jutaan tahun tu.. cantik sangat.. .
.
Pengalaman makan dalam gua ni, at least la merasa sekali seumur hidup pun cukup la.. tapi kalau banyak duit nak berkali-kali pun ok je.. .
.
Staf semua manissssss muka, peramah, baik.. tapi bab hidang makan tu slow ya rabbi... tak tipu sampai terlelap tunggu...
.
Ye la korang, orang lain datang laki bini bercina dalam tu, banyak la nak bual nye... kita datang dengan kawan.. dah sampai tak de story dah nak borak.. tu ngantok tu.. .
.
Ok korang, esok pagi-pagi i nak round pusing The Banjaran ni.. i nak try bersauna dalam Steam Cave, nak mandi dalam Kolam Air Panas, nak tengok depan mata kristal dalam Gua Kristal tu..
.
Korang nak tengok tak ? Kalau nak saya share esok !
.
#thebanjaranhotspringsretreat #cuticutimalaysia #lokalpride #hotelmalaysia #reviewhotel #candlelightdinner #makansedap #jeffscellar #LoveDump #Lemon8Diary #reviewlemon8