The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download |
Bahannya😆
Biji barli (direbus)
daun pandan (untuk wangi) optional
gula melaka sikit je -optional
1. Mengawal paras kolesterol
Beta-glukan yang terdapat dalam barley telah terbukti dapat membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah, sehingga membantu menjaga kesihatan jantung.
2. Tinggi dengan kandungan antioksidan
Barli mengandungi antioksidan yang tinggi terdiri daripada tokotrienol
3. Menurunkan risiko kanser
Beberapa kajian menunjukkan bahawa makan barli secara teratur dapat membantu dalam mengurangi risiko terkena beberapa jenis kanser, terutama kanser usus besar.
Ia juga boleh membantu mengurangkan risiko kanser hati, kolon, prostat, paru-paru, perut, kulit, dan pankreas. Hal ini kerana, khasiat barli boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser.
4. Menurunkan risiko penyakit jantung
Kerana kemampuan khasiat barli dalam menurunkan kadar kolesterol dan mengatur gula darah, barli juga dapat membantu dalam menurunkan risiko penyakit
5. Mengawal gula dalam darah
Kandungan serat dalam barli membantu dalam mengatur kadar gula darah.
Ini secara tidak langsung juga membantu mencegah lonjakan gula darah setelah makan dan menyokong pengelolaan keadaan kesihatan seperti diabetes.
6. Melancarkan penghadaman
Serat pemakanan meningkatkan sebahagian besar najis anda, menjadikannya lebih mudah untuk melalui saluran penghadaman.
Boleh membantu melegakan sembelit
7.Menurunkan berat badan
Memandangkan tubuh manusia tidak dapat mencerna serat, makanan yang tinggi serat menambah jumlah diet anda tanpa meningkatkan kalori.
Ini menjadikan makanan berserat tinggi berguna untuk orang yang cuba menurunkan berat badan.
Barli boleh menjejaskan rasa lapar dan kenyang adalah dengan mengurangkan tahap ghrelin, hormon yang bertanggungjawab untuk rasa lapar
8. Menyihatkan kulit
Pengambilan barli juga boleh menghasilkan kulit yang sihat dan cerah serta membantu mengatasi masalah kulit.
Barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat, mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori kulit tersumbat dan lain-lain.
Seperti yang dinyatakan di atas, barli kaya dengan kandungan antioksidan yang boleh melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan awet muda.
9. Menyokong sistem pertahanan badan
Air barli mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang boleh membantu menyokong sistem pertahanan badan.
Ia mempunyai fungsi prebiotik untuk meningkatkan sistem pertahanan badan manusia sekaligus boleh membantu badan melawan penyakit.
10. Mencegah jangkitan salur kencing
Air barli dikatakan bagus untuk mencegah jangkitan saluran kencing. Hal in kerana sifatnya yang diuretik boleh menyebabkan seseorang kerap kencing.
Ia juga membantu menyingkirkan toksin daripada badan dan menghalang pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan khususnya di saluran .
Cara dapat khasiat barli
Barli boleh dimakan dalam berbagai bentuk, seperti biji utuh, tepung, atau sebagai tambahan dalam makanan atau minuman seperti sup, bubur,
Namun, sebelum menambahkan barli ke dalam diet anda, penting untuk berkonsultasi dengan doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu.
Khusunya kepada mereka yang mempunyai masalah penyakit atau alergik makanan tertentu.
Cara menyediakan air barli
Cara penyediaan:
Rendam barli 5 min untuk buang kotoran
Cuci bersih barli
Masuk ke dalam periuk tambah air dan daun pandan
Masak sampai barli kembang baru masukkan kismis gula batu dan kundur
Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan khasiat barli dapat memberikan anda semua informasi
Selamat Mencuba #tipskesihatan#tipscantikdansihat #MyFreeTime #AtMyAge