Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Typical life as a mum

Typical life as a mum

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Typical life as a mum JPEG 下载
Typical life as a mum JPEG 下载

✨Hi lemonees semua🍋

Happy weekend💃💃💃

Harinie aku just nak share pendapat tentang kehidupan hakiki seorang isteri Dan bagi pesanan sikit kepada kaum suami😂

Pada aku setiap pasangan ada cara tersendiri untuk settlekan kerja kerja rumah. Tak boleh la nak pukul rata, compare dengan cara orang lain. Yang penting suami isteri tu boleh bertoleransi dan kerja rumah pun settle.

Pesanan kepada para suami, tak kisah la isteri awak tu suri rumahtangga or bekerja masing-masing ada penat sendiri. Yang suri rumahtangga sekarang pun ramai yang ada buat side income dari rumah. Semua ada tekanan masing-masing🫠 Bantu mereka dalam ringankan kerja rumah dalam masa yang sama dapat bagi contoh baik pada anak-anak. Kesian wife awak tu, dah macam octopus buat kerja. Hhahahaaha

If diberi pilihan, kebanyakan isteri sekarang memang nak bekerja lebih lebih lagi jika suami kurang berkemampuan. If isteri ada kerja hakiki, lagi lah perlu dibantu. Sama-sama kerja, sama-sama penat la kan. Ini tiber balik kerja, awak dah terbongkang dulu😴.

Kami para isteri tak kisah sangat pasal diri sendiri lepas kahwin, yang penting anak makan pakai cukup. Cer tengok history shopee isteri korang masing-masing. Banyak barang keperluan dia ke atau barang anak-anak dan keperluan keluarga. Silap-silap barang suami sendiri pun banyak .hahaahhaa. Jadi lebih kan la timbang rasa, sama juga pada isteri. Yang mana kita bole tegur, kita tegur dengan berhemah. Insyaallah rumahtangga akan harmoni bahagia.

Dengan kes-kes penderaan dan pengabaian anak yang semakin meningkat nie, Cuba fikir balik, siapa yang berada di belakang ibu-ibu ini. Mana pergi suami diorang, apa suami dia buat, kenapa dia sanggup buat anak sendiri macam tu. Pada pendapat aku, apabila terjadi kes sebegini, perkara pertama yang perlu dilihat ialah, mana suami dia sebagai 'KETUA KELUARGA'. Adakah suami TIADA FUNGSI sehingga isteri jadi penat? Adakah isteri SI PEMIKUL NAFKAH? Adakah sebab DENDAM suami melayan orang ketiga, anak isteri terabai? Macam-macam sebenarnya yang membawa kepada kejadian seumpama ini dan kadang-kadang berlaku dikawasan kejiranan kita sahaja🥹.

Tiada ibu yang sanggup dera/bunuh anak sendiri melainkan dalam keadaan tidak waras atau tertekan. Logiknya, jika suami isteri main peranan masing masing, tidak akan terjadi perkara macam nie sebab family support kuat.

Akhir kata, buat semua ibu dan isteri diluar kuatkan semangat dan ikhlaskan hati. Kalu dah burnout sangat, tinggal la dulu yer kerja yang mana boleh😂. Yang mana suami bole tolong pass pada dia😆. Mudahkan🤪

Pesanan dari ibu yang baru setahun jagung🤣