Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

TELITI TIPS NI SEBELUM KORANG NAK BELI RUMAH

TELITI TIPS NI SEBELUM KORANG NAK BELI RUMAH

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
TELITI TIPS NI SEBELUM KORANG NAK BELI RUMAH JPEG 下载
TELITI TIPS NI SEBELUM KORANG NAK BELI RUMAH JPEG 下载
TELITI TIPS NI SEBELUM KORANG NAK BELI RUMAH JPEG 下载
TELITI TIPS NI SEBELUM KORANG NAK BELI RUMAH JPEG 下载

Apabila sampai masanya, banyak perkara yang pemilik perlu ambil tahu agar prosesnya berjalan lancar tanpa timbul sebarang masalah. Malah, pemilik juga perlu membuat kira-kira supaya pembelian rumah itu tidak menjadi beban sehingga mereka menyesali keputusan yang dibuat.

8 tip rumah pertama

💰Buat simpanan.

Ini mesti ada, tak kisah sama ada mahu simpan 10 peratus atau 30 peratus gaji, janji ada simpanan. Walaupun nanti pinjaman lulus 100 peratus, wang tunai masih perlu untuk bayar legal fee, MLTT, pendaftaran air, elektrik dan deposit.

💰. Buat anggaran kasar jumlah bayaran bulanan. Contoh teres RM250,000.

250,000/200

= RM1,250 sebulan.

💰. Kira DSR (Debt Service Ratio). Katakan gaji RM4,500 dan bank ambil 60 peratus.

RM4,500 X 60 peratus

= RM2,700

Tolak pinjaman yang ada rekod CRISS. Hutang kawan tak kira. Dan tolak sekali kos sara hidup RM1,000.

- Kereta (RM500)

- Sara hidup (RM1,000)

2,700 - 500 - 1,000

= RM1,200 (Anggaran kemampuan rumah yang boleh dibeli berharga RM200,000)

💰. Buat latihan dahulu sebelum buat loan.

Dah tahu anggaran bayaran bulanan RM1,200, jadi kena mula buat latihan. Wajib simpan dalam Tabung Haji setiap bulan RM1,200 selama setahun tanpa skip. Kalau ada bulan yang skip, bermakna kewangan ada masalah. Jangan masuk lagi loan, setahun pun gagal, inikan pula hutang rumah 35 tahun.

💰. Tak hina pun menyewa.

Sewa rumah, duit lebihan boleh simpan. Cuba cari duit tepi untuk tambah simpanan. Boleh mula berniaga, buat part time.

💰. Kurangkan hutang.

Untuk meningkatkan kadar DSR, ikat dulu nafsu berbelanja. Kalau dah nafsu macam naga gunung, tukar duit kepada gold bar atau dinar. Ingat ya, gold bar, bukan emas hiasan.

💰. Boleh beli rumah dari ejen REN (Real Estate Negotiator) yang ada. Nanti mereka bantu untuk view rumah, cari banker, cari lawyer, deal dengan owner lama. Ada yang berkira, tak mahu beli dari REN, katanya nanti mereka dapat komisyen. Tak perlu fikir macam tu, kita gembirakan hati orang, pasti kita pun akan dapat kebaikan.

💰. Banyak berdoa agar Allah bantu permudah urusan kita.

Niat beli rumah untuk menyediakan kelengkapan terbaik demi keluarga, InsyaAllah, akan ada jalan yang dibuka.

#finansialtips #financialtips #tipslemon8 #tipsandtrick #tipsrumah #lemon8sharing #Lemon8#selfdevelopment #lemon8creator #Lemon8Malaysia