Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

JENIS DAN BENTUK KABINET DAPUR

JENIS DAN BENTUK KABINET DAPUR

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
JENIS DAN BENTUK KABINET DAPUR JPEG Tải xuống
JENIS DAN BENTUK KABINET DAPUR JPEG Tải xuống
JENIS DAN BENTUK KABINET DAPUR JPEG Tải xuống
JENIS DAN BENTUK KABINET DAPUR JPEG Tải xuống
JENIS DAN BENTUK KABINET DAPUR JPEG Tải xuống
JENIS DAN BENTUK KABINET DAPUR JPEG Tải xuống

Hii Lemoner ms! 🍋

Ada yg tgh dlm proses renovate dapur ke? Apa pilihan kabinet dapur korang? Now I share sebenarnya ada beberapa jenis bentuk kabinet dapur tau. Antaranya:-

▶️ Dapur bentuk “L”

Dapur ni sesuai untuk rumah yang didiami keluarga kecil, dan mungkin untuk mereka yang mempunyai ruang lantai dapur yang tak terlalu besar. Susun atur dapur menggunakan dua dinding dalam bentuk-L untuk meletakkan kabinet, countertop, dan peralatan dapur.

▶️ Dapur bentuk “U”

Design dapur bentuk-U pula mempunyai tiga dinding kabinet dan peralatan. Jika anda mempunyai ruang dapur yang besar atau mungkin menghabiskan banyak masa di dapur inilah susun atur yang anda mahukan!

▶️ Dapur peninsula atau bentuk “G”

Dapur ini selalunya direka dengan pulau yang bersambung. Ruang ekstra ini digunakan sebagai meja sementara, ruang penyimpanan atau tempat makan. Berbeza dengan pulau yang diletakkan di dapur tu, ruang ni boleh diakses dari tiga sisi sahaja.

▶️ Dapur dengan “Island”

Design dapur menggunakan pulau akan memberikan anda lebih banyak ruang untuk bekerja dan menyimpan jadi nak masak pun rasa lagi mudah. Pulau ni boleh digunakan untuk ruang kabinet, perkakas, sink, kaunter, atau tempat makan.

▶️ Dapur “Galley”

Dapur ini dikenali sebagai dapur selari dan sangat sesuai untuk ruangan yang kecil kerana dapat menjimatkan ruang lantai. Susun aturnya menggunakan dua dinding yang bertentangan antara satu sama lain, yang mewujudkan satu jalan di tengah-tengah.

Semoga bermanfaat! ✨

#HomeDecor #homedecormalaysia #hometips #howto #homedecoration #howtostyle #kitchenorganization #kitchendecor #Malaysia #WeeklyInspo