Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

DAPUR MEWAH PASTI IDAMAN PARA WANITA

DAPUR MEWAH PASTI IDAMAN PARA WANITA

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
DAPUR MEWAH PASTI IDAMAN PARA WANITA JPEG Descargar
DAPUR MEWAH PASTI IDAMAN PARA WANITA JPEG Descargar
DAPUR MEWAH PASTI IDAMAN PARA WANITA JPEG Descargar
DAPUR MEWAH PASTI IDAMAN PARA WANITA JPEG Descargar

Berikut adalah 6 Tips Dekorasi Dapur Nampak Mewah Untuk Koranh Yang Merancang Untuk membuat dapur mewah.

1 - Material Mewah Untuk Countertops

Material seperti marble, quartz dan granite memberikan sentuhan mewah dan natural kepada dapur. Sekarang ni ada pelbagai warna di pasaran dan boleh disesuaikan mengikut konsep deko dapur kita. Marble, quartz dan granite ini selain dari berkilat dan nampak mewah, ianya juga senang untuk dibersihkan.

2 - Sentuhan Warna Metallic

Sama ada dapur itu berkonsep minimalis /moden yang mnegutamakan warna neutral atau konsep kontemporari yang warnaya lebih gelap, sentuhan warna metallic terutamanya gold memberikan pemandangan yang berkilau ini memberikan effect glemer dan menarik. Sentuhan warna emas ini boleh disesuaikan sama ada pada perkakasan dapur, sebahagian part kabinet dapur seperti pemegang, pintu atau di keliling tingkap.

3 - Material Mewah Untuk Backsplash

Backsplash adalah ruangan dinding yang menghubungkan countertops dan kabinet atas, atau ruangan dinding di bahagian atas countertops (jika tiada kabinet atas). Kita boleh menggunakan material yang mewah juga seperti marble, quartz atau jubin untuk backsplash. Material yang berkilat ini memberikan refleksi ruangan dapur kita. Selain nampak mewah, dapur juga nampak luas dan berkilau. Namun begitu trend sekarang terdapat juga backsplash berbentuk 3D yang bercorak dan timbul. Terpulanglah untuk memilih mana yang berkenan di hati, asalkan kena pastikan corak tu nampak mewah.

4 - Kitchen Island & Kerusi Tinggi

Jika ada ruang, especially untuk dapur konsep terbuka, maka bolehlah beli kitchen island yang nampak mewah. Mama sendiri selalu berangan ada island di dapur tapi apakan daya dapur tak berapa nak beso. Korang boleh pilih mana-mana kitchen island yang nampak mewah. Apabila diletak diruangan dapur tentu memberikan feel yang berlainan. Macam berada dalam shooting masak-masak kan. Mama suka kitchen island yang ada sinki. Selain dari kelebihan visual, kitchen island ini memang praktikal kerana selain dari menggunakannya sebagai tempat simpanan, ia juga boleh digunakan sebagai tempat persediaan bahan memasak, tempat makan atau juga tempat meletak hidangan untuk jamuan tetamu. Selain itu korang boleh gunakan kerusi tinggi / barstool untuk memberikan effect mewah.

5 - Pencahayaan Dapur Yang Elegan

Pencahayaan di dapur sangat penting kerana ia memberikan mood dan effect luas kepada dapur mewah kita. Lampu chandelier kristal di atas ruangan yang sesuai seperti di atas meja makan atau kitchen island memberikan kelainan. Selain itu, kita boleh juga meletakkan lampu lain seperti down lights, lampu gantung atau lampu strip di bawah kabinet. Selain dari nampak mewah, ianya juga bagus untuk keselamatan. Almaklumlah kita banyak menggunakan benda tajam seperti pisau dsb kan. Namun begitu elakkan dari menggunakan terlalu banyak lampu gantung. Contohnya kalau dah ada chandeliaer tak perlulah ada lampu gantung kalau ruangan itu kecil.

6 - Penggunaan Ruang Sebaiknya

Pengertian dapur mewah sebenarnya adalah bagaimana cara kita manfaatkan ruang dan menyusun atur ruang yang sedia ada sebaiknya. Kerana itu hampir semua dapur mewah memerlukan interior designer dan pembuat kabinet yang berpengalaman. Barang-barang dapur perlu disimpan dalam storage yang sesuai agar tidak menyemakkan pandangan dari luaran. Selain itu kita juga boleh menampakkan kemewahan dengan menggunakan peralatan dapur terkini.

semoga bermanfaat! ✨

#hometips #homedecormalaysia #HomeDecor #WeeklyInspo #homeideas #homedecoration #howto #homeideas #lemon8tips #lemon8sharing