Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

BERAPA KOS KITCHEN CABINET RUMAH I?

BERAPA KOS KITCHEN CABINET RUMAH I?

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
BERAPA KOS KITCHEN CABINET RUMAH I? JPEG Download
BERAPA KOS KITCHEN CABINET RUMAH I? JPEG Download
BERAPA KOS KITCHEN CABINET RUMAH I? JPEG Download
BERAPA KOS KITCHEN CABINET RUMAH I? JPEG Download

Hii Lemoners! 🍋

Antara soalan yg selalu I dapat juga adalah berapa kos kitchen cabinet di wet kitchen rumah i ni?

Untuk keseluruhan kos kitchen cabinet I ini adalah RM6000 termasuk aksesori tap and sink.

✨ MATERIAL KITCHEN CABINET 3G GLASS

3G Glass diperbuat daripada kaca yang disokong oleh papan lapis di bahagian belakang. Nama “3G Glass” ini datang daripada terma “3rd-generation glass”, serta bentuk bingkai besi aluminium pada sisi kaca 3G ini juga. Ia mempunyai 2 jenis kemasan warna – iaitu 1) Spray Paint dan 2) Solid Color Sticker/Film.

Rangka 3G Glass ini pula dibuat dari aluminium (Non-hidden profile). Dengan sisi tepi aluminium yang selari dengan ukuran pintu dan juga terdapat saluran aluminium yang berfungsi sebagai pemegang pintu.

Material 3G Glass yang digunakan adalah yang bermutu tinggi. Ia mempunyai permukaan kaca yang berkilat dan sememangnya kalis air. Jadi anda tak perlu risau akan kotoran, minyak dan tumpahan air, pintu kabinet 3G Glass senang untuk dibersihkan.

Pelbagai variasi warna yang boleh dipilih untuk tema kabinet dapur mengikut citarasa anda. Sama ada anda inginkan tema moden yang glossy dan futuristik dengan kilat kaca serta bingkai aluminium pada pintu kabinet. Anda juga boleh buat tema dapur dengan 2 ton warna kesukaan anda.

Kalau korang inginkan penampilan kabinet dapur yang berkilat dan konsep dapur yang bertemakan Moden, maka anda boleh pertimbangkan material 3G Glass ini.

Material kaca 3G yang digunakan sangat tahan dan mudah untuk dibersihkan. Anda tak perlu risau bila anda memasak, tiba-tiba ada kotoran pada pintu kabinet dapur anda. Anda boleh lap dengan kain yang lembap untuk bersihkan kotoran itu dengan mudah.

Maka, kabinet dapur 3G Glass ini sangat efisien untuk kegunaan harian anda.

✨ MATERIAL TABLE TOP QUARTZ STONE

Tabletop Quartz Stone sebenarnya adalah produk batu yang mengandungi sebanyak 90-95 peratus bahan Quartz Stone dan mineral lain, dibentuk menjadi kepingan dan diikat dengan resin. Ini bukan kepingan Quartz Stone pepejal yang dihasilkan oleh pengkuarian. Quartz diciptakan sebagai alternatif yang lebih mudah disesuaikan dan berprestasi lebih baik daripada Granite dan marmar.

Quartz Stone mempunyai ketebalan 15mm dan terdiri daripada 2 jenis iaitu:

🔆 Standard Quartz – permukaan corak cip-cip batu/mineral

🔆 Compact Quartz – material terproses dengan teknologi, mempunyai corak Marble Quartz Stone

🔆 Corak Marble Compact Quartz - sering menjadi tabletop pilihan ramai

🔆 Penampilan tabletop Quartz Stone agak kontemporari menjadikan ia pilihan reka bentuk dapur moden.

🔆 Kelebihan Tabletop Quartz Stone

Bahan ini terdapat dalam pelbagai corak, tekstur, dan warna. Oleh itu, anda benar-benar dapat menggunakan imaginasi anda semasa merancang dapur impian anda.

Tabletop Quartz Stone juga sangat tahan lama dengan kelebihan kalis air dan kalis calar serta tahan terhadap larutan pembersih kimia.

Antara kelebihan yang lain termasuklah:

🔆Mudah dijaga, tidak diperlukan pengedap (sealing)

🔆Kepingan seragam, tanpa cacat cela

🔆Boleh dibuat khas dalam pelbagai saiz dan bentuk

🔆Tidak mudah kotor serta tahan panas dan asid

🔆Lebih meyakinkan, penampilan semula jadi daripada solid surface material.

#kitchen #kitchendecor #kitchenhacks #kitchenorganization #homedecormalaysia #HomeDecor #tipslemon8 #lemon8tips #WeeklyInspo #MyHighlightMoments