Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

SESI KAUNSELING INI SEMBANG-SEMBANG JE KE?

SESI KAUNSELING INI SEMBANG-SEMBANG JE KE?

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
SESI KAUNSELING INI SEMBANG-SEMBANG JE KE? JPEG Herunterladen
SESI KAUNSELING INI SEMBANG-SEMBANG JE KE? JPEG Herunterladen
SESI KAUNSELING INI SEMBANG-SEMBANG JE KE? JPEG Herunterladen
SESI KAUNSELING INI SEMBANG-SEMBANG JE KE? JPEG Herunterladen
SESI KAUNSELING INI SEMBANG-SEMBANG JE KE? JPEG Herunterladen

Sesi kaunseling adalah satu proses komunikasi bersemuka antara klien dan kaunselor dalam suasana yang kondusif. Benar, ia satu proses ‘sembang-sembang’, namun ia terikat dengan etika kaunseling yang telah dinyatakan dalam persetujuan termaklum (informed consent) di antara klien dan kaunselor pada permulaan sesi tersebut. 

Klien sangat dialukan untuk sembang-sembang secara santai bersama kaunselor bagi mewujudkan hubungan yang terapeutik antara mereka berdua. Sesi kaunseling dimulakan dengan pembinaan matlamat terhadap isu dikongsikan oleh klien. Sehubungan itu, sembang-sembang ini bukanlah satu komunikasi yang meleret dan tiada hala tuju. Ia adalah dipandu dengan baik bagi mendapatkan penamatan sesi yang terbaik. 

Setiap klien yang hadir ke sesi kaunseling mempunyai isu tersendiri. Kaunselor bertanggungjawab memberi celik akal bagi setiap isu yang telah dikongsikan dan menjamin  kerahsiaan isu yang diutarakan oleh klien. Dengan ini, klien akan dapat membina kepercayaan dan keselesaan bersama kaunselor sehingga tamat sesi. Proses ‘sembang-sembang’ ini mengambil masa dalam 45 minit hingga satu jam, dan perjumpaan sesi berkenaan berlaku sekurang-kurangnya tiga (3) kali sesi perjumpaan. 

‘Sembang-sembang’ ini adalah satu sembang yang memberikan manfaat yang jelas buat klien dan rasa dibantu. Ramai mereka diluar sana buntu mencari bantuan dan sokongan emosi seperti mana dalam sesi kaunseling. Mereka menjangkakan sesi kaunseling adalah satu jalan yang membazir, tidak boleh dipercayai dan sembang kosong. Stigma ini memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat kerana kelompok yang memerlukan bantuan sokongan emosi hilang arah dan mula melakukan tingkah laku yang negatif.

Sehubungan itu, pentingnya hebahan tentang kepentingan sesi kaunseling bersama kaunselor bertauliah serta testimoni kejayaan sesi kaunseling yang pernah dijalankan menjadi tular bagi setiap corong media. 

#selfdevelopment #selflove #selfimprovement #lemon8sharing #Lemon8Malaysia #lemon8 #Malaysia #lemon8tips #tips #lifestyle