Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

BANTUAN SAMBUNG BELAJAR🎓

BANTUAN SAMBUNG BELAJAR🎓

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
BANTUAN SAMBUNG BELAJAR🎓 JPEG Download
BANTUAN SAMBUNG BELAJAR🎓 JPEG Download
BANTUAN SAMBUNG BELAJAR🎓 JPEG Download
BANTUAN SAMBUNG BELAJAR🎓 JPEG Download
BANTUAN SAMBUNG BELAJAR🎓 JPEG Download
BANTUAN SAMBUNG BELAJAR🎓 JPEG Download

Assalammualaikum semua!✨

Selepas dapat tawaran sambung belajar mesti fikir banyak kalikan? Mesti ada yang risau mengenai kewangankan😢 Yela mula-mula masuk kena bayar itu ini lagi terutama yang dari sarawak ke semenanjung, semenanjung ke sabah dan sebagainya kena beli ticket ✈️ . Perkara yang saya share ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban semua😊 beberapa bantuan kewangan yang boleh diminta untuk kita sambung belajar.

Form 6, Matriks, Ipg, Ipta dan Ipts semua boleh minta bantuan ni.

1. Bantuan daripada Baitulmal.

-Korang boleh check baitulmal daripada negeri masing-masing untuk pastikan tempat korang belajar tu boleh minta bantuan daripada baitumal atau tak.

-Kalau pelajar sarawak boleh pergi ke portal BAITULMAL KAMEK dan pilih mengikut tawaran.

-Berdasarkan pengalaman saya seorang pelajar IPG, saya hanya boleh memohon untuk Bantuan Peringkat sijil (masa foundation) Baitulmal bagi RM500 within two months & masa degree boleh minta Bantuan Kemasukan IPT (kalau tak salah yg ni dapat RM2000+).

2. Biasiswa & Bantuan daripada Yayasan Sarawak ( Yang ni khas untuk anak sarawak sahaja, negeri lain mungkin boleh cari yayasan/ jabatan yang boleh memberikan bantuan kewangan kemasukan ipt)

- Untuk pelajar IPG tak diberikan bantuan untuk kemasukan ke IPT daripda YS ni sebab dah dapat elaun.

- Pelajar IPT boleh mohon biasiswa daripada YS selain daripada PTPTN

- Tapi pelajar IPG dan IPT boleh claim ticket balik Sarawak (INISIATIF GRADUAN PULANG SARAWAK) yang ni dapat rm600 setahun (mohon 2 kali setahun).

Bantuan-Bantuan ni diberikan kepada yang layak menerima sahaja😇 Semoga membantu🥰 Untuk sesiapa yang tengah berjuang belajar sekarang, goodluck!! jangan pernah menyerah!! insya-Allah suatu nnti pasti ada hasil yang boleh menyenangkan kita🥰❤️

#Bantuankewanganpendidikan #MalaysiaLife #MalaysiaLife #Lemon8Malaysia @Lemon8_MY