Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

Bahaya anemia bagi ibu hamil

Bahaya anemia bagi ibu hamil

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
Bahaya anemia bagi ibu hamil JPEG Tải xuống
Bahaya anemia bagi ibu hamil JPEG Tải xuống

Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung dan ramai menganggapnya perkara normal hingga tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.

Apabila anda menghidap anemia, tubuh tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Lantas anda tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya, cepat berasa penat. Malah komplikasi kesihatan serius yang lain juga boleh berlaku.

Kekurangan zat besi menjadi punca utama anemia. Faktor lain termasuk pendarahan berlebihan, kerosakan sel darah merah secara berlebihan iaitu hemolisis atau pembentukan sel darah merah yang tidak berkesan iaitu hematopoiesis, pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid folik, gangguan fungsi sumsum tulang atau susulan menghidap penyakit kronik tertentu seperti kanser dan HIV/AIDS. Semua masalah itu boleh mempengaruhi pengeluaran sel darah merah seseorang.

Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkinan untuknya menghidap anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya. Dalam keadaan ini, wanita mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Umra Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim berkata, semasa hamil badan wanita menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.

Katanya, sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan secukupnya, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan. Apabila usia kandungan semakin meningkat, isipadu darah juga bertambah dan ini menyebabkan pencairan darah berlaku.

“Walaupun sel darah merah makin bertambah, namun penghasilan plasma darah juga bertambah dan menyebabkan keadaan yang dipanggil anemia relatif atau fisiologi. Seseorang itu dikatakan mengalami masalah anemia apabila tahap hemoglobin kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.

“Kira-kira separuh daripada semua wanita hamil mengalami anemia kekurangan zat besi. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko wanita hamil melahirkan bayi tidak cukup bulan atau berat badan bayi rendah.

“Wanita yang hamil sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung. Justeru, mereka disarankan agar meningkatkan pengambilan zat besi dalam diet harian,” katanya.

Pemeriksaan darah perlu dijalankan secara rutin semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Antara gejala anemia adalah letih, tidak bermaya, sakit kepala, pening, berdebar-debar dan sesak nafas.

Menurutnya, selain itu masalah anemia yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang (tidak cukup bulan), kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran.

Rawatan zat besi secara rutin disarankan dalam program penjagaan ibu mengandung. Sekiranya, ibu mengandung tidak dapat mengambil zat besi dengan cara biasa, maka disarankan mereka mendapatkan suntikan zat besi yang dilakukan di klinik atau hospital.

“Pemindahan darah mungkin perlu dilakukan sekiranya berlaku anemia yang teruk dalam kalangan wanita mengandung yang hampir bersalin. Tahap haemoglobin yang perlu untuk pemindahan darah mungkin lebih rendah dalam kalangan mereka yang mempunyai anemia kronik berbanding wanita dengan masalah hemolisis akut.

“Agak sukar untuk memberi paras haemoglobulin yang sesuai bagi pemindahan darah, tetapi darah perlu diberikan kepada wanita mengandung 34 minggu ke atas yang mempunyai haemoglobin kurang daripada 7g/ dl. Anemia yang teruk mesti dirawat sebelum kelahiran bayi untuk mengelakkan komplikasi yang berpunca akibat pendarahan semasa kelahiran.

“Justeru, wanita mengandung disarankan supaya datang menjalani pemeriksaan mengikut jadual seperti disediakan di klinik ibu mengandung. Ini sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak,” katanya.

Semua wanita hamil berisiko mengalami masalah anemia. Ini kerana mereka perlukan lebih zat besi dan asid folik berbanding biasa.

Namun risikonya lebih tinggi jika anda:

• Hamil anak kembar

• Kerap hamil dan jarak antara dua kehamilan adalah dekat

• Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan

• Hamil pada usia terlalu muda (remaja)

• Tidak mengambil cukup makanan yang kaya zat besi

• Sudah mengalami anemia sebelum hamil

Memahami anemia dan kehamilan

• Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi

• Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

• Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju

• Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia

Pengesanan

• Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah

• Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka

Pencegahan dan rawatan

• Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu

• Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

#anemiapadaibuhamil #anemia #Lemon8Malaysia #healthy #Lemon8 #lemon8sharing