Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

salah pilih bidang belajar part 2

salah pilih bidang belajar part 2

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
salah pilih bidang belajar part 2 JPEG Download

Part 2 fasa belajar uni

sori pada korang yg tunggu aku sambung cerita part 2

Ok kali ni aku nk cerita fasa semasa di universiti. Sebelum tu aku cerita sikitlah mcm mana aku main pilih je course masa belajar. aku tkde consult dgn sesapa, tkde bercerita dgn mak ayah aku atau dgn kawan kawan. aku baca lah apa course yg ada ditawarkan di uia. aku tgok architecture tu mcm best, sbb aku pikir aku suka lukis lukis 😅. bila pikir balik diri aku masa tu,naif nye pemikiran aku time tu. So aku pilih lah course architecture dan alhamdulillah aku ditawarkan course tu masa di matric.

Pada mulanya kan, aku dpt tawaran belajar di matrikulasi kuala pilah. tpi masa tu aku tgh dlm plkn, jadi aku dgn konfidennya tolak tawaran sbb nak jgk tunggu panggilan upu. bila fikir balik mmg gamble habis aku time tu 😅. Tpi syukur alhamdulillah tk lama sebelum habis plkn, aku dpt panggilan ke matrix uia

So dipendekkan cerita bila dh masuk belajar di uni dan belajar subjek architecture, mmg rasa menyesal yg amat tau 😭. Masa tu nak patah balik rasa dh terlambat. So aku just follow the flow je

Bila nak habis matric, boleh pilih lagi main course utk sambung belajar di main campus uiam. Antara bidang yg ditawarkan di kulliyyah of architecture Uiam ialah degree of architecture, degree of urban planning, degree of landscape arcitecture, degree of design (x ingat) dan satu lgi degree in quantity surveying. Lepas tanya kawan kawan dan senior2x, diorang kata kalau bidang quantity surveying ni tkde lukis2x, bnyk kira kira dan buat measurement je. masa tu langsung tak tahu QS tu apa sebab selama ni cuma tahu arkitek dan engineer aje kan? sebenarnya dlm satu team construction ada satu lgi pekerjaan iaitu quantity surveyor. Tpi org tk highlight sgt pekerjaan ni sbb tu kita tak tahu. So aku pun pilihlah bidang ni utk sambung degree.

Alhamdulillah sambung degree 4 tahun di main campus uiam, aku seronok sepanjang 4 tahun belajar bidang ni sbb dh tkde kena masuk studio perah kepala buat design dan mcm mcm lagi.

Seriuosly aku mmg suka belajar QS ni. Cuma bila di alam pekerjaan tu, aku tk berapa suka environment kerja dlm bidang construction. Kena deal bnyk dgn org lelaki yg kdg2 buat aku tk selesa. Itu cuma masalah aku secara individu, bukan utk semua org ye. Dan sebenarnya QS ni antara course yg mudah jgk nk dpt kerja dlm industry.

Jadi itulah antara sebab aku tk teruskan bekerja dlm bidang QS selepas habis belajar. Sebab sepanjang aku study kat uia tu, aku dah mula jatuh cinta utk berbisnes. So nnti aku cerita ttg hal ni di post lain ye 😆.

untk kesimpulannya aku nak bagitahu, kalau masa boleh diputarkan kembali..aku rasa daripada sekolah menengah sepatutnya aku ambik subjek akaun dan ekonomi. Masa belajar kat uia ambik course accounting. Skarang aku baru realize bidang ni sgttttt bnyk permintaan dlm industry. Nak kerja dalam pelbagai sektor pon boleh, atau nak buat freelance pon boleh. Ehh macam macam lah boleh digunakan balik bila ada ilmu accounting ni. Bila ada bisnes, lagi lah sgt perlukan ilmu ni.

InsyaAllah ada rezeki anak anak aku nnti, aku mmg nak suggest diorang belajarlah subjek akaun haha.

thanks korang yg dh baca sampai habis part1&2 😍🥰.

#BerbezaItuNormal #SchoolDays #WeeklyChallenge #AboutMe #Graduation