Téléchargeur vidéo Lemon8

Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8

Pengalaman Hari Raya VS Tahun Baru Cina (CNY)

Pengalaman Hari Raya VS Tahun Baru Cina (CNY)

Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.

PHOTOS
Pengalaman Hari Raya VS Tahun Baru Cina (CNY) JPEG Télécharger

Sejak kahwin dengan husband yg mixed chinese, saya dapat experience Tahun Baru Cina secara langsung. Meh nak share sikit persamaan atau perbezaan adat untuk Hari Raya dan Tahun Baru Cina #ThisVsThat

Makan Besar 🍲🍜🥮🥢

Untuk hari raya, malam sebelum raya selalu dah berkumpul untuk takbir raya dan ada makan2. Ada rumah yang jemput rombongan masjid untuk takbir, atau keluarga terdekat saja. Tapi selalunya, makan besar atau menerima tetamu pada Hari 1 Syawal. Masa tu setiap rumah yg dilawat mesti akan hidang rendang ketupat dan kuih2. Dalam tradisi CNY, malam sebelum CNY semua keluarga akan berkumpul untuk makan besar. Selalunya akan makan dimeja bulat ramai2. Utk keluarga saya, kami pegi restaurant chinese muslim utk makan chinese food yang halal.

Pakaian 🧕🏻👲🏻

Hari Raya memang akan meriah dengan busana dan baju sedondon keluarga. Kalau tak sedondon pun, semua akan pakai baju baru dan bergaya sakan. Paling best hari raya pertama ni ialah untuk like gambar OOTD raya semua kawan2 di media sosial. Untuk CNY pula, selalunya akan pakai tshirt merah dan pakaian lebih santai. Agak jarang untuk nampak pakai baju tradisi. Tapi sejak kebelakangan ni nampak lebih ramai pakai baju tradisi cheongsam masa CNY. Saya suka pakai pelbagai jenis baju tradisi cina. First time celebrate CNY saya pakai blouse selalu nyonya pakai tu, second year celebrate CNY saya pakai full cheongsam.

Sampul raya vs Angpao 💵

Hari raya kita akan bagi duit raya pada ahli keluarga dan tetamu yang datang. Sebelum ambil duit raya, kena bersalam dan mintak maaf dulu ya. Hehe. Jadi seronok bila ada anak buah kecik yg ramai, haa semua beratur nak salam utk duit raya. Untuk CNY angpao pun diberi kepada ahli keluarga yang bujang dan tetamu. Kalau umur dah lanjut tapi belum kahwin pun boleh dapat angpao ya! Selalunya amaun RM10 minimum sbb not duit warna merah. Hehe. Amaun boleh lebih lagi kalau hubungan rapat.

Cuba komen sikit apa tradisi Hari Raya dan CNY korang yg saya perlu cuba. Especially CNY sbb saya baru nak belajar 😁 #ThisVsThat #cny #raya