Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

Save Fridge Space Using Vacuum & Sealer Machine!

Save Fridge Space Using Vacuum & Sealer Machine!

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

VIDEO
MP4 Original Video Herunterladen
PHOTOS
Save Fridge Space Using Vacuum & Sealer Machine! JPEG Herunterladen

Kebiasaannya ramai yang prefer beli barang-barang basah untuk stok seminggu terus kan? Bukan je mereka yang bekerja, mak-mak surirumah nie pun sama kan! Beli stok seminggu terus lebih senang sebab tak payah ulang alik kedai hari-hari. Jimat masa dan tenaga gtue!

Tapi bila dah beli stok banyak-banyak, pening jugak kan nak simpan dalam fridge tue. Risau tak muat pulak. Terutama sekali untuk uols yang mempunyai fridge size kecil.

Effa paham sangat sebab dulu masa stay rumah sewa, Effa pun guna fridge size kecil. Bila balik rumah, mula lah pening nak simpan.

Tapi tue dulu. Sekarang tak payah pening-pening dah. Guna je ‘Vacuum & Sealer Machine’ nie. Memang dapat membantu untuk jimatkan space dalam fridge.

Harga ‘Vacuum & Sealer Machine’ nie dalam lingkungan RM40-RM50 sahaja bergantung pada brand. Uols boleh beli secara online samada kat Shopee ataupun Tiktok. Setiap pembelian disertakan sekali dengan plastic bag.

Selalunya Effa akan plan dulu menu untuk seminggu. Contohnya macam dalam video nie, Effa potong dulu sayur-sayuran dan masukkan ke dalam plastic bag. Bila dah siap masukkan dalam plastic bag, Effa akan terus vacuum dan seal. Untuk ayam pun Effa guna cara yang sama. Effa marinate dulu ayam, masukkan dalam plastic bag then terus vacuum dan seal.

Bila nak masak, Effa tinggal ambil je. Tak perlu dah nak potong-potong sebelum masak. Jimat masa masak-memasakkan?

‘Vacuum & Sealer Machine’ nie uols boleh guna jugak untuk packing lain-lain. Contohnya, beras, kekacang dan etc.

Untuk uols yang selalu pening takut fridge tak muat tue, boleh lah dapatkan ‘Vacuum & Sealer Machine’ nie. Semoga apa yang Effa share nie dapat memberikan manfaat❤️

#simpledecobyeffa #vacuumselaer #lemon8 #Lemon8Malaysia #lemon8sharing #lemon8review #fridgerestock #fridgestorage #fridgeorganization #fridgeinspiration