Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

3 Penulis Sastera Tempatan Terbaik 😍

3 Penulis Sastera Tempatan Terbaik 😍

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
3 Penulis Sastera Tempatan Terbaik 😍 JPEG Скачать
3 Penulis Sastera Tempatan Terbaik 😍 JPEG Скачать
3 Penulis Sastera Tempatan Terbaik 😍 JPEG Скачать
3 Penulis Sastera Tempatan Terbaik 😍 JPEG Скачать

Hi! Everyone should know , 3 penulis sastera Tempatan di #MalaysiaLife

1 . Dato’ Usman Awang. Dikenali dengan nama penanya iaitu Tongkat Warrant, beliau mula melakar nama di dalam dunia sastera dengan menulis sajak yang bertemakan kemanusiaan. Antara sajak tulisan beliau adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Bunga Popi”.

2. Pak Sako ataupun Ishak Haji Muhammad. Aktif pada tahun 30-an sehingga tahun 50-an, beliau merupakan seorang penulis yang nasionalis. Pak Sako mula terlibat dalam dunia penulisan sejak negara kita masih belum merdeka sehinggalah pascamerdeka. Beliau mempunyai semangat juang yang sangat tinggi dalam penyatuan Melayu Raya iaitu menyatukan Indonesia, Malaysia dan juga Brunei dalam satu serumpun.

Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei serta menulis rencana untuk Kumpulan Utusan Melayu. Karya beliau yang cukup terkenal adalah “Putera Gunung Tahan” dan “Anak Mat Lela Gila”. Dua karya ini merupakan novel satira yang mengkritik orang British dan juga mencerminkan cita-cita beliau sebagai seorang yang patriot.

3. A. Samad Said iaitu penulis dan penyair negara.

Bermula sebagai seorang kerani hospital, A. Samad Said kini telah diiktiraf sebagai Sasterawan Negara dan juga Sasterawan Nusantara. Beliau juga digelar sebagai Pejuang Sastera oleh komuniti kesusasteraan Malaysia. Menggunakan nama pena yang pelbagai seperti Manja, Isa Dahmuri dan Jamil Kelana, beliau telah menghasilkan begitu banyak karya sastera seperti novel, cerpen, puisi, esei dan kritikan serta drama.

Karya novel beliau bernama “Salina” adalah cukup terkenal dan bertaraf antarabangsa. Novel ini berlatarbelakangkan sebuah kehidupan masyarakat Melayu Singapura selepas perang dunia ke-2 yang begitu daif. Kehidupan beliau pada masa ini sedikit rumit selepas beliau memilih untuk mengubah haluan politiknya.