从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法
桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。
PHOTOS | |||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 |
Hello ika here !
Raya dah nak dekat, mesti sis tengah sibuk membuat persiapan membeli belah untuk membeli baju raya kan. Ika nak share beberapa tips semasa memilih baju raya supaya sis tampil cantik dan selesa pada hari tersebut.
1.Saiz
Saiz ni ofkos lah yang paling penting kan! Kalau tersalah beli size kecik, dah rasa tak selesa pulak sebab ketat. Kalau size terbesar dah nampak gelebeh tak cantik. So, pilih saiz ikut keselesaan sis. Saiz yang tak ketat sangat dan tak besar sangat. Senang sis boleh bergerak bebas kalau baju yang sis pakai tak ketat.
2.Material
Untuk pilih material pakaian ni, sis kena pandai tauu. Elakkan pilih material yang fabrik terlalu tebal atau nipis. Terlalu tebal nanti panas, nak buat kerja apa semua pun rasa tak selesa! Kalau nipis pulak dahh nak kena pakai baju 2 lapis sebab taknak nampak jarang. dah menyusahkan sis! Sebaiknya pilih fabrik yang serap peluh.
3.Corak
Hah, ini lagi penting. Warna baju dah cantik, tapi corak tu main juga peranan penting. Untuk badan kurus pilih corak berbunga atau jalur melintang untuk nampakkan sis sedikit berisi, baru cantik hehe Manakala bagi badan berisi, .corak berbunga kecil dan corak berjalur lurus sgt sesuai sebab boleh buatkan sis nampak lebih kurus