La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8
Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.
PHOTOS | |||
JPEG | Descargar | ||
JPEG | Descargar | ||
JPEG | Descargar | ||
JPEG | Descargar |
Hello ika here !
melancong sendirian mempunyai banyak risikonya seperti keselamatan, kesunyian dan kes kecemasan yang amat ditakuti. Namun begitu dengan sedikit persediaan dan perancangan yang teliti pasti boleh menjimatkan wang anda dan malah yang lebih penting lagi menjanjikan percutian anda menjadi sangat menarik. Jika anda merancang untuk melancong sendirian, di sini terdapat beberapa tips berguna untuk anda gunakan.
1. Merancang perjalanan
Sebelum melncong adakan beberapa perancangan terlebih dahulu. Dengan internet, ia menjadi lebih mudah untuk anda melakukan prebiu bagi destinasi yang berpotensi menjadi tempat perlancongan anda. Anda tidak semestinya perlu membuat pelan yang terperinci, memadai sekurang-kurangnya anda tahu di mana anda akan tinggal pada malam pertama perlancongan. Buatlah tempahan bilik sebelum anda berlepas.
2. Bijak mengemas barang
Apabila melancong sendirian pastikan semua barangan keperluan anda yang penting berada dalam beg galas sekiranya bagasi anda hilang dalam perjalanan. Ini bermakna pakaian yang ingin ditukar lengkap, kasut, ubat-ubatan, kad pengenalan dan barang teknologi seperti telefon bimbit. Pisahkan wang tunai dan kad kredit anda pada tempat yang berbeza, jadi jika anda kehilangan salah satu anda masih mempunyai yang satu lagi. Sentiasa menyemak semula semua barang keperluan sebelum memulakan perjalanan
3. Dapatkan rehat yang cukup
Bagi seorang yang sedang melancong, mendapatkan rehat yang cukup adalah sangat penting bagi memastikan percutian berjalan lancar. Bagi mereka yang melancong sendirian anda boleh merancang masa perjalanan anda dan di mana korang memilih tempat untuk beristirehat. Kebiasaannya banyak destinasi perlancongan menyediakan hostel, rumah tetamu (guest house) atau pekan kecil untuk anda berisitirehat. Setelah mendapatkan rehat yang cukup barulah korang bertenaga semula untuk meneruskan perjalanan.