Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

Demam Denggi

Demam Denggi

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
Demam Denggi JPEG Tải xuống
Demam Denggi JPEG Tải xuống

Apa Itu Demam Denggi?

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

Demam panas

Sakit kepala

Sakit tulang belakang

Sakit sendi-sendi

Loya dan muntah-muntah

Sakit biji mata

Ruam

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

Mudah lebam

Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi

Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

cara untuk mencegah demam denggi :

Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

Membuang bekas yang boleh menakung air

Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup

Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali

Pastikan saliran atap sentiasa mengalir

Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti

Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup

Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk

Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah

Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Anak saya sendiri pernah menghidap penyakit ni..

memang badan dia lemah sangat.

selepas 3 hari demam,biasanya doctor akan minta datang ke klinik semula untuk ambil ujian darah samada kita menghidap denggi @ tak.

Doctor akan bagi surat refer ke hospital.

Kami cara ikhtiar lain untuk ubati demamnya.

Buat sup ketam..

Ketam nipah memang cepat baik.

Tindak balas selepas minum sup ketam dia akan muntah,

Maksudnya racun dah keluar..

Terlebih happy,

padahal sebelum minum lemau je..

#demamdenggi