The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download |
Apa Itu Demam Denggi?
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
Demam panas
Sakit kepala
Sakit tulang belakang
Sakit sendi-sendi
Loya dan muntah-muntah
Sakit biji mata
Ruam
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
Mudah lebam
Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
cara untuk mencegah demam denggi :
Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
Membuang bekas yang boleh menakung air
Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
Anak saya sendiri pernah menghidap penyakit ni..
memang badan dia lemah sangat.
selepas 3 hari demam,biasanya doctor akan minta datang ke klinik semula untuk ambil ujian darah samada kita menghidap denggi @ tak.
Doctor akan bagi surat refer ke hospital.
Kami cara ikhtiar lain untuk ubati demamnya.
Buat sup ketam..
Ketam nipah memang cepat baik.
Tindak balas selepas minum sup ketam dia akan muntah,
Maksudnya racun dah keluar..
Terlebih happy,
padahal sebelum minum lemau je..