The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download |
Jalan-jalan cari kopi kali ni, kita lepak di cafe Kopi Senget area Telok Panglima Garang, Klang Selangor.
Banyak feedback bagus dan reviu dari orang ramai tentang kopi viral ni. Katanya sedap dan pekat! terliur dah niii. 😍✨ Kat sini ada pelbagai jenis kopi untuk dicuba, antaranya latte, rose latte, honey latte dan banyak lagi! Jom kita mengopi ☕️
Best jugaklah lepak santai minum kopi dekat sini. Sambil tu, kita boleh pekena laksa & bihun sup. Ada juga menu-menu simple lain seperti;
Harga kopi, standard macam kebanyakan kedai lain.
Aku order
Iced caramel macchiato RM12.90
Brownies 2pcs RM6
Lontong Sambal Sotong RM13.90
Lontong sambal sotong dia sedap. Aku suggest korang wajib try sebab rasanya mcm air tangan mak kita sendiri masak. Rate yang aku boleh kasi adalah 9/10. 😁
Kemudahan yang ada dekat cafe,
✅Toilet
Toilet yang selesa dan bersih. Sabun pun ada. So, tak perlu cari toilet dekat tempat lain.
❌Surau
Surau takda. Kalau ada sediakan surau, lagi padu kan?
❌Parking
Parking tiada, korang kena parking tepi jalan besar tu. So agak terhad jugakla.
Nak datang, korang just Google Maps "Kopi Senget Telok Panglima Garang. InshaAllah sampai.
Waktu operasi:
Rabu - Jumaat (10pg - 10mlm)
Sabtu - Ahad (8pg - 7ptg)
Isnin & Selasa (Tutup)
Okay guys, itu saja nak share! ❤️