Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

RUTIN KEMAS RUMAH SEBELUM TIDUR ✨

RUTIN KEMAS RUMAH SEBELUM TIDUR ✨

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
RUTIN KEMAS RUMAH SEBELUM TIDUR ✨ JPEG 下载
RUTIN KEMAS RUMAH SEBELUM TIDUR ✨ JPEG 下载
RUTIN KEMAS RUMAH SEBELUM TIDUR ✨ JPEG 下载
RUTIN KEMAS RUMAH SEBELUM TIDUR ✨ JPEG 下载
RUTIN KEMAS RUMAH SEBELUM TIDUR ✨ JPEG 下载

Hai salam peeps! Aima disini 🥰

Kerja mengemas rumah ni memang tak pernah habis. Tapi, untuk tidur yang lena dan pagi yang tenang, sis akan buat beberapa perkara sebelum tidur.

1) Kosongkan sink dan tutup tong sampah

Benda paling asas dan wajib buat. Kalau sink penuh dengan pinggan mangkuk kotor, boleh mengundang serangga perosak. Plastik sampah pula kena ikat ketat dan tutup tong sampah dengan rapat untuk elak dapur berbau busuk.

2) Bersihkan dapur memasak

Jadi seakan terapi mata bila dapur gas bersih dan berkilat. Kalau ada lebihan lauk, boleh simpan dalam chiller dan cuci kuali dan periuk yang telah digunakan. Alas tungku dapur dengan coaster atau biarkan sahaja kosong.

3) Kemas meja makan

Meja makan antara tempat paling sibuk selain dapur dan ruang tamu. Make sure lap dan bersihkan sebelum tidur sebab esok nak menjamu selera kat situ.

4) Kemas ruang tamu

Kemas ruang tamu supaya esok pagi bangun fresh dan tenang je tengok ruang tamu bersih. Vacuum atau sapu karpet bila perlu.

5) Tutup suis lampu, kipas dan plug

Periksa semua suis dan tanggalkan plug untuk elak pembaziran elektrik. Terutamanya di ruang tamu yang banyak kelengkapan elektrik.

Rumah yang bersih dan kemas boleh mempengaruhi mood dan emosi kita pada pagi hari. Mulakan hari dengan rumah yang kemas inshaaAllah perkara yang baik akan menyusul sepanjang hari ♥️

#dekoaima #nasmhome #dapurkecil #homedecorideas #Malaysia #tipsrumah #Malaysia #nablemon8 #lemon8sharing #homedecormalaysia